Serious?!

“Orang kita memang cepat melenting,” Pengarah jawab isu babak porno Nur 2

Oleh  | 

SETELAH drama rantaian NUR berjaya mencetuskan fenomena, ramai yang ternanti-nanti sekuel keduanya yang bakal menjengah ke televisyen.

Baru-baru ini, pelakon Syafiq Kyle yang menyandang watak sebagai Ustaz Adam telah memuat naik teaser dari drama berkenaan di laman Twitter rasminya.

Video berdurasi 56 saat itu menunjukkan sedikit sedutan babak Ustaz Adam dan Juita iaitu watak pelacur  yang dilakonkan Azar Azmi.

Pelbagai reaksi diberikan netizen berkenaan teaser berkenaan. Ada juga yang ‘seram’ dan kurang senang dengan babak tersebut.

Pengarah Nur 2, Shahrulezad Mohammed bagaimanapun sudah bersedia dengan kecaman yang bakal diterima. Menurutnya lagi, babak itu sangat signifikan dalam menggerakkan keseluruhan jalan cerita Nur 2.

“Waktu tulis skrip ni dulu, saya memang dah rasa ia akan kena kecam. Tapi bila fikir balik, ia hanyalah drama. Saya tak boleh puaskan hari semua orang dan terpulang kepada pandangan masing-masing.

“Pada saya, saya tahu apa yang saya buat dan scene itu relevan dengan apa yang saya nak sampaikan.

“Saya faham kenapa orang judge sebab orang kita memang cepat melenting tanpa menunggu.”

FOTO: Instagram Drama Sangat

Bercerita tentang kelainan drama Nur untuk musim yang kedua, Shahrulezad menjanjikan kelainan apabila ia bakal mengupas isu yang lebih kompleks dan berat.

“Nur musim pertama,  kita lebih kepada pengenalan watak. Tapi Nur 2 isu yang kita nak bawa lebih kompleks dan berat. Lebih mendalam dan lebih banyak suspen,” katanya ketika ditemui di bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Sri Pentas baru-baru ini.

Drama Nur musim kedua bakal menemui penonton pada 2 April ini di TV3.

1 Comment

  1. Fos Gadek

    16 April 2019 at 10:53 pm

    Nak marah pun ada.
    Tengok perangai Nur dgn Aishah terlalu lembut..mcm nak baling selipar je.. nak buat macam mana drama kan…tapi hati ni tetap sakit bila tengok Nur 2..ha ha ha

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my