D-Life

Orang lebih tertarik dengan ‘dessert’ warna hijau, betul ke?

Oleh  | 

BULAN Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua masyarakat yang beragama Islam. Mana tidaknya ada puasa adalah raya. Waktu dulu-dulu selalu nenek pesan, kalau puasa tak penuh tak boleh dapat duit raya. So masa inilah korang dapat lihat adik-adik kita berlumba-lumba untuk puasa penuh. Dhia pun tak terkecuali tau!

Yang lebih menyeronokkan pada bulan Ramadan, korang boleh jumpa juadah kesukaan korang. Dari makanan tradisional hingga makanan Barat, dari makanan pedas hinggalah berlemak, confirm semuanya ada. Bukan itu je, korang pun mesti pening kepala nak pilih kuih muih sebagai ‘dessert’ waktu berbuka. Tapi betul ke ramai orang kalau beli kuih memang akan turn on dengan warna hijau.

Meh sini Dhia share dessert yang menjadi pilihan ramai.

Buah Melaka atau Onde-onde

Makanan manis memang menjadi pilihan sebagai penutup masa berbuka. Kuih Buah Melaka ini merupakan salah satunya. Korang akan nampak banyak peniaga yang jual kuih ni dekat bazar sebab permintaannya tinggi. Murah dan sedap. Sebab tu ramai pembeli akan membeli kuih ini setiap kali datang ke bazar Ramadan.

Ada gula melaka yang masih keras di dalamnya dan ada yang sudah cair. Korang kena pandai pilih. Sebab tu kalau dapat beli kuih melaka yang masakannya kena dengan tekak, korang akan repeat beli dekat gerai yang sama. Betul tak? Bila masuk je dalam mulut terus cair gula dia. Alamak, meleleh!

Tepung Pelita

Ini pun korang boleh dapatkan dengan mudah dekat bazar Ramadan. Pergilah bazar di pelosok mana sekalipun pasti jumpa sebab memang kuih ini menjadi pilihan utama kebanyakan orang. Gabungan rasa santan dan pandannya cukup nikmat.

Penjual biasanya akan jual 5 kuih tepung pelita dalam satu kotak polystyrene. Ada yang bersaiz kecil bekas daun pisang dan ada yang besar. Namun, tak kisah lah kecil atau besar yang penting sedap! Laku keras tepung pelita ni tau. Putih di atas, hijau dibawah. Ada sesiapa yang sebelum makan masuk dalam peti ais dulu? Aduhh, terliur sis. Jom cari masa nak ke bazar nanti.

Seri Ayu

Ada yang panggil Kuih Seri Ayu ada yang panggil Apam Puteri Ayu. Mana-mana je lah. Dah namanya pun ayu sesiapa pun pasti akan tertarik betul tak? Ramai juga yang sukakan kuih ni tau sebab kaya dengan rasa pandan dan penuh salutan kelapa parut dekat bahagian atas dia.

Bila makan rasa sebati je rasa manis dan sedikit masin. Teksturnya yang lembut sangat sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur baik kanak-kanak mahupun datuk nenek kita. Sepanjang Ramadan ni tak mungkin korang belum pernah bawa balik kuih ni swaktu berbuka kan. Ahh mengancam betul warna hijau dia!

Akok

Keunikan akok terletak pada rasanya yang berbeza. Kalau korang nak tahu ada akok pandan dan ada akok telur yang banyak dijual di bazar Ramadan. Bentuk atau rupanya sama sahaja tetapi rasa pandan pada akok pandan memberi kelainan dan membuatkan ia digemari ramai.

Membakar akok ini ada caranya tau. Kalau tak pandai bakar boleh jadi hangus atau tidak masak seperti sepatutnya. Proses untuk membakar akok memang nampak senang tapi sebenarnya ia perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan kuih itu menepati cita rasa pembeli. Kuih ni jarang-jarang sis tengok dekat bazar sekitar KL tapi kalau ada memang habis dijual. Kat mana akok sedap yang korang beli dekat KL ni ye? Share dengan sis okey!

Seri Muka

Kalau korang nak kelainan dari segi kombinasi mesti korang akan beli kuih seri muka ni betul tak? Seri muka ni nampak je sama dengan kuih talam dari segi bentuk tetapi sebenarnya berbeza dari segi tesktur. Biasanya, korang akan menjumpai kuih ini dalam versi hijau dan putih.

Lapisan atasnya kadang-kadang disediakan menggunakan bahan yang sama seperti kuih talam dan berwarna hijau kerana pada masa dahulu daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Lapisan bawah pula diperbuat daripada beras pulut. Ini yang sis kata kombinasi berbeza sikit tu.

So macam mana? Kalau korang pernah beli kuih-kuih ni sepanjang bulan Ramadan ternyata memang warna hijau ni antara warna kuih yang memikat tatkala berkunjung ke bazar kan? Kuih ni pun antara favorite masyarakat kita tau. Bukan di bulan Ramadan je, hari-hari biasa pun kuih ini sesuai dimakan sewaktu minum petang. Kalau dah craving tu sampai sanggup dapatkan. Sis pun macam tu tau.

Apapun, team Dhia ucapkan selamat berpuasa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my