Serious?!

Orang miskin di Filipina makan Pagpag setiap hari, orang kita?

Oleh  | 

PERNAH tak korang dengar makanan pagpag? Kalau korang nak tahu pagpag ini merupakan istilah kepada sisa makanan yang diambil daripada tong sampah kemudian dibasuh, dijual dan dimasak semula untuk masyarakat miskin di Manila, Filipina. Kalau korang nak tahu ini merupakan makanan ruji bagi mereka yang tidak berkemampuan di negara itu. Alamak!

Related image

Percaya atau tidak di Filipina, masih ada masyarakat kelas bawahan yang hidup dalam keadaan daif sehingga terpaksa makan pagpag setiap hari? Namun, pagpag tidak hanya dijual kepada masyarakat miskin sahaja. Ada sesetengah restoran membeli pagpag daripada pengutip sisa makanan untuk dimasak di restoran mereka. Serius lah.

Bukan itu je, pagpag biasanya terdiri daripada sisa ayam dan daging yang dibuang oleh restoran makanan segera seperti Jollibee dan KFC. Jadi, mereka yang bertugas untuk mengutip pagpag ini akan mengambil sisa ayam yang dibuang dan menjualnya dengan harga 20P (Philippine Pesos) sebungkus.

Image result for pagpag

Hasil kutipan pagpag tu, mereka akan basuh, buang tulang-tulang dan bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki sebelum dibungkus ke dalam beg plastik untuk dijual kepada pembeli pagpag. Sebuah restoran di Tondo telah menyediakan pagpag dengan hidangan tradisional seperti pagpag à la kaldereta dan adobo dengan menggunakan sisa ayam sebagai bahan utama. Macam mana tu?

Membahayakan kesihatan

Biasalah, bila sisa makanan diambil daripada tong sampah, pasti akan membahayakan kesihatan. Lebih-lebih lagi di tempat sampah akan adanya binatang kotor seperti lipas dan tikus yang akan mengerumuni sisa makanan.

Hal ini disedari oleh Suruhanjaya Anti-Kemiskinan Kebangsaan, sebab tu lah mereka ada keluarkan amaran dan menentang pagpag kerana bimbang orang yang makan pagpag ini akan mengalami penyakit seperti Hepatitis A, Kepialu, cirit birit dan Kolea. Tapi, pengusaha pagpag membidas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa tiada siapa yang pernah mati buat masa ini selepas makan pagpag.

Haih, tak kan nak tunggu benda ni jadi baru nak stop. Kesihatan perlu dijaga dan nyawa kita lagi penting tau.

Related image

Tak dinafikan juga, kedaifan yang membelenggu hidup memaksa mereka untuk makan pagpag. Mereka tiada pilihan lain. Seperti kata salah seorang penduduk setinggan di Manila,

“Kami tiada pilihan. Makanan ini sudah membantu kami untuk meneruskan kehidupan. Sebungkus pagpag mampu menyelematkan sebuah keluarga daripada kebuluran”

Image result for pagpag

Bukan Dhia je rasa terpanggil untuk berkongsi kisah ini kepada korang sebaliknya kisah ini telah berjaya menarik perhatian ramai pihak sehingga terdapat beberapa dokumentari yang dihasilkan di Youtube berkenaan makanan ini. Korang boleh check it out, semoga dengan melihat dokumentari ini kita akan rasa lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Apapun, sedih sis dengar sebenarnya. Lagi-lagi bila masih ada lagi manusia yang makan sisa makanan untuk meneruskan kehidupan. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita belum sampai ke tahap ini.

Ha! Bulan-bulan puasa ni jangan amalkan pembaziran okey. Berbelanjalah dengan sederhana dan ingatlah masih ada orang lain yang bersusah payah untuk mengisi perut mereka. Selamat berpuasa semua.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my