D-Life
Orang muda anggap ucapan ‘Terima Kasih’ dah ketinggalan zaman?
MENGEJUTKAN! Itulah benda yang paling tepat untuk menceritakan hasil kajian yang mengatakan anak muda beranggapan sikap bersopan santun seperti minta maaf, minta izin dan ucapan terima kasih sebagai salah satu benda yang dah ketinggalan zaman.
Kajian yang dijalankan oleh Privilege itu menyatakan 84 peratus anak muda menganggap perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebagai sesuatu yang kuno.
Hanya empat daripada 10 orang muda yang akan beri tempat duduk mereka kepada orang yang lebih tua dekat dalam pengangkutan awam.
28 peratus anak muda potong giliran orang lain dan 53 peratus tidak mengucapkan doa kalau seseorang itu bersin.
Bukan itu sahaja, 16 peratus anak muda menganggap letak siku dekat meja makan sebagai sesuatu yang tidak sopan. Sebanyak 27 persen anak muda menganggap bercakap dengan mulut penuh sebagai sesuatu yang biasa. 38 peratus pula menganggap kalau kita mempersilakan orang duduk sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman.
Besar kemungkinan semua nilai-nilai ini terhakis kerana anak muda terlalu dekat dengan media sosial. Kelakuakan buruk itu terjadi sebab kita terlalu obses untuk melihat telefon dan membaca pesanan di media sosial sampai mengabaikan apa yang berlaku dekat sekeliling kita.
Bukan itu je tau, anak muda dah ada satu level ‘sopan’ yang mereka pandang serius dekat media sosial seperti kalau kita menghilang secara tiba-tiba di media sosial ia dianggap sebagai sesuatu yang kasar.
54 persen yang lain pula merasakan menyebarkan masalah orang lain dekat media sosial adalah sesuatu yang tidak sopan.
Maksudnya, kita sendiri dah mempunyai standard kesopanan yang tertentu dekat media sosial sehingga kita terlupa nak ambil berat juga dengan adab di luar media sosial. Jadi lepas ini, kita kenalah bagi perhatian dekat apa yang berlaku depan mata kita juga tau. Barulah trendy dan baik budi pekerti!




Komen Terkini