Serious?!

“Orang transgender ni, bala bukan turun kat dia sorang. Bala turun kat kita semua”

Oleh  | 

AKHIR-akhir ini, cerita tentang golongan  lesbian, gay, biseksual transgender atau (LBTQ)  semakin mendapat tempat. Kalau dulu, mungkin kita masih blur tentang golongan ini. Tapi bila dah  berada dalam era teknologi maklumat ni, informasi semakin mudah didapati dan semua benda lebih mudah kita fahami.

Team Dhia sempat intai-intai podcast Ais Kacang dan terjumpa pula dengan siri Sembang Barai oleh MatLutfi dan Arlina Banana tentang golongan transgender.

Menurut pemerhatian Arlina di laman sosial, penerimaan masyarakat terhadap golongan ini sebenarnya lebih baik berbanding sebelum ini. Tapi beliau tidak menafikan masih terdapat segelintir yang masih menolak kewujudan golongan ini dalam masyarakat kita.

via GIPHY

Stigma LGBTQ masih mendapat perhatian orang ramai. Tak kisahlah kalau dia selebriti atau orang biasa sekalipun. Kalau seorang lelaki itu kelihatan lembut, orang akan menghakimi mereka  tidak cukup ‘manly’.

Berbincang tentang mengapa terjadinya  diskriminasi terhadap golongan ini. Matlutfi berpendapat ia mungkin disebabkan mereka ialah golongan minoriti dalam kelompok masyarakat kita.

Arlina pula  merasakan transgender ialah kelompok yang sangat berbeza dari norma kebiasaannya kita. Maka, kebiasaanya, orang akan ada kecenderungan untuk menolak apa-apa yang dirasakan aneh dalam kehidupannya.

via GIPHY

Tidak dinafikan juga stigma memerangi golongan LGBTQ ini ada kaitannya dengan agama.  Ada yang berpendapat jika kita menyokong seseorang itu untuk  menjadi transgender, dia juga akan terpalit dengan dosa.

Maka sebab itulah ada yang berpendapat

“Kita kena ubah dia ni, sebab nanti bala tak turun dekat dia je. Bala turun kat semua”

Mereka rasa mungkin mereka menjalankan tanggungjawab.” kata MatLutfi.

Namun, adakah mengutuk atau complain ini akan mengubah orang? Atau orang akan berubah kerana  cakap yang lembut dan sopan santun?

Matlutfi menambah, dalam banyak kes yang pernah dibaca dan ditemuinya.  Kekerasan tidak berjaya mengubah orang secara kekal.

Ha jadi itu semua pendapat yang dikongsikan Arlina dan MatLutfi. Ha, kamu rasa macam mana pula?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my