Serious?!

“Orang yang kita percaya, dia yang jatuhkan kita”- Nisa Kay

Oleh  | 

Bila dah jadi influencer ni, macam-macam perkara terpaksa dihadap. Setiap apa yang kita lakukan, tak semuanya  kena di mata orang.

Pengacara dan blogger bernama Nisa Kay yang tinggi lampai dan  bermata galak ini juga tidak terlepas daripada menghadapi kecaman di media sosial. Video beliau yang pernah viral awal tahun ini benar-benar telah memberikan kesan dan pengajaran yang bermakna untuk Nisa.

Jom kita borak-borak dengan Nisa tentang apa nak buat bila kena hentam dengan keyboard warrior ni.

FOTO: Instagram Nisa Kay

“Saya tidak pernah lari dari kontroversi. Semua orang tahu bahawa saya pernah viral dulu. Namun bila kita buat silap, kita kena akui kesilapan itu dan perbaiki keadaan.

“Apa yang penting ialah, kita harus cari jalan yang sesuai untuk perbaiki keadaan. Muhasabah apa yang kita lakukan. Menjadi positif adalah cara bagi menghadapi tomahan.” katanya.

Menurutnya lagi, kita perlu sedar bahawa  keyboard warrior adalah mereka yang tidak mengenali kita. Maka tidak perlulah meletakkan apa-apa harapan dan tanggapan kepada mereka.

FOTO: Instagram Nisa Kay

Bercerita tentang perasaanya apabila dilanda kontroversi, Nisa juga pernah terfikir untuk menutup laman sosialnya. Namun bagi beliau, dirinya amat bertuah kerana dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang selalu memberi motivasi dan menyokongnya.

“Ada orang yang kita sangat percaya, namun dialah yang menggunakan kelemahan kita untuk menjatuhkan kita.

“Kita kena belajar untuk ‘ignore’ segala kritikan daripada akaun palsu. Memang kita selalu nak tahu apa orang lain cakap tentang kita. Tapi kalau kita tahu, ia akan menambah rasa sakit hati. Maka, lebih baik kita jangan layan.

“Kebencian, jika kita tak layan. Dia akan mati. Bersabarlah walau ia akan mengambil masa yang lama. Kesabaran itu indah.” katanya.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my