D-Life

Order barang dari China? Ini cara nak ‘sanitize’ dengan betul elak virus

Oleh  | 

RAMAI yang mula meragui adakah selamat untuk membeli barangan secara atas talian dari China semenjak kemunculan wabak virus novel Koronavirus yang mengorbankan banyak nyawa dari negara itu.

Walaupun belum ada bukti virus ini boleh tersebar melalui barangan atau adakah virus itu boleh hidup di permukaan barangan dalam tempoh yang lama. Namun, tak ada salahnya untuk kita saling berjaga-jaga.

Kementerian Kesihatan Malaysia ada memuat naik cara untuk sanatize barangan yang dibeli dari China sebagai salah satu langkah pencegahan penularan novel Koronavorus (2019-nCoV).

BACA:KORONAVIRUS: Keadaan terkini bandar Wuhan, sunyi macam sarang zombie

Melalui Twitter rasminya, cara yang sebenar ialah seperti berikut.

-Ambil tisu dan basahkan dengan losen hand sanitizer atau sabun. 

-Lap barang yang baru sampai  dari negara China itu dengan tisu yang dibasahkan tadi. 

BACA: Siap dalam masa 2 hari! China buka hospital khas pertama rawat Koronavirus hari ini

Setakat hari ini, China mencatatkan 6.059 kes disahkan Koronavirus dan jumlah kematian akibat penularan virus baharu itu meningkat kepada 132 orang. Sama-sama kita doakan agar para pesakit dapat dirawat sebaiknya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my