Dhia Glam

Oscars 2019 : Billy Porter tampil ‘daring’ dengan ‘tuxedo gown’

Oleh  | 

ADA je kejutan yang yang dibawa oleh selebriti-selebriti hollywood ketika Anugerah Oscar 2019 yang berlangsung baru-baru ini. Salah satu selebriti yang menarik perhatian ramai di acara karpet merah adalah Billy Porter. Porter menjadi sebutan ramai apabila muncul dia acara karpet merah dengan fesyen yang luar biasa.

Billy Porter tiba di Anugerah Oscars di Dolby Theatre Los Angeles. Photo / AP

Seperti lelaki lain, Porter tampil mengenakan tuxedo dan apa yang menariknya, Porter dengan berani  mengenakan tuxedo bersama skirt labuh hitam. Busana tersebut merupakan busana dari Christian Siriano yang diberi gelaran velvet tuxedo gown. Outfit Porter memang lain daripada biasa. Ini bukan kali pertama Porter mengenakan busana yang “pelik”. Dia telah banyak kali muncul dalam beberapa acara dan mengenakan busana yang agak “pelik” berbanding biasa.

FOTO: Getty Images

Outfit Porter sebenarnya telah melanggar Hollywood dress code. Porter telah memaklumkan kepada Vogue dia memilih untuk memakai tuxedo gown pada malam itu adalah atas beberapa sebab peribadi.

“Saya sentiasa terinspirasi oleh fesyen. Nenek saya, ibu saya-mereka sentiasa bergaya. Saya membesar dengan mencintai bidang fesyen tetapi saya ada cara saya tersendiri untuk ekspresikan diri saya,” katanya kepada Vogue.

Billy Porter bersama suaminya, Adam Smith FOTO: Good Morning America

“Apabila anda seorang yang berkulit hitam dan seorang gay, keperibadiaan anda akan sentiasa dipertikaikan oleh orang ramai. Saya banyak kali berhadapan dengan homophobia akibat pemilihan pakaian yang saya suka. Bahkan ketika saya mendapat tawaran kontrak kerja pertama di A&M Records, saya mengambil masa yang lama mendiamkan diri,”

Walau bagaimanapun Porter sedar bahawa fesyen yang dia ketengahkan ini bakal mengundang kecaman daripada banyak pihak.

“Ini bukan urusan orang lain, ini urusan saya,” kata Porter menutup perbualan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my