Oh-Oh-Tee-Dee

Oversized Outfit pun boleh buat korang nampak trendy, jom tengok OOTD ini!

Oleh  | 

KALAU sebelum ini kita dah pernah buat tips OOTD kalau nak lepak dengan kawan-kawan, OOTD gaya boyish, OOTD kalau nak travel dan OOTD ala-ala selebriti Korea. Tapi hari ini, jom kita cuba pula pakaian yang bersaiz besar yang semestinya sudah menjadi ikutan para gadis di seluruh dunia.

Tak kisahlah jaket ke, t-shirt mahupun hoodie, semuanya boleh digayakan dengan can dan stylish. Jadi, apa kata kita tengok sikit macam mana agaknya contoh pakaian yang boleh digayakan walaupun bersaiz besar.

via GIPHY

Apa kata korang cuba oversized denim jaket yang berwarna merah jambu macam ini. Bagi lebih menyerlah, apa kata korang padankan juga dengan tshirt berwarna putih.

Masih juga boleh mengekalkan identiti korang yang sukakan pakaian ala-ala boyish. Apa kata korang padankan flannel shirt ini dengan boyfriend’s jeans.

 

Nak pergi kerja? Tak ada masalah. Korang boleh tampil elegan dengan poncho yang dilapisi dengan kameja putih.

Malas nak pakai berlapis-lapis? Taka da masalah, korang masih boleh mengenakan tshirt bersaiz besar sebegini. Ramai juga para gadis di Korea yang mengenakan pakaian sebegini.

Hoodie? Ya tak ada masalah untuk menggayakan pakaian jenis hoodie. Nak lebih menyerlah, sis cadangkan korang padankan juga dengan sneakers untuk tampil lebih kasual.

Nak tampil lebih feminin? Apa kata korang kenakan oversized dress dengan sneakers macam ini. Korang akan nampak lebih kasual dan ready nak lepak dengan kawan-kawan.

Jadi, macam mana? Boleh tahan cantik juga cadangan OOTD ini kan? Selamat mencuba.

Sumber: Womantalk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my