Serious?!

Padu teruk! Sekarang Malaysia pula ‘excited’ nak tengok filem baru Indonesia ni

Oleh  | 

SELEPAS satu per satu filem daripada seberang berjaya mencatatkan jumlah penonton dan peminat dengan angka yang membanggakan. Kini industri film indonesia terus melangkah unggul dengan menghasilkan filem adiwira terbaharu bertajuk Gundala.

via GIPHY

Kalau dah namanya hasil karya Joko Anwar, sudah tentu penonton bakal disajikan dengan kejutan kerana filem arahan pengarah terkenal ini jarang mengecewakan. Mana tidaknya, tengok sahajalan filem arahannya sebelum ini seperti Pengabdi Setan, Kala dan Pintu.

Gundala menjadi satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang bvakal ditayangkan di Midnite Madness bulan depan. Kalau korang nak tahu, Gundala adalah watak komik terkenal Indonesia bertajuk Gundala Putra Petir karya Harya Suraminata. Tengoklah betapa meriahnya sambutan masyarakat Indonesia terhadap industri komik diorang, kan?

Trailer filem ini sudah mula berlegar-legar di laman Twitter sejak seminggu lalu. Malaysia nampaknya teruja apabila melihat pelakon Bront Palare turut menjadi sebahagian daripada projek besar itu,

Walaupun berlainan negara, warga net nampaknya mengalu-alukan bakat dari Indonesia dan tidak sabar untuk menyaksikan filem adiwira terkenal dari seberang itu.

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, BumiLangit Studios bakal memperkenalkan filem-filem selepas Gundala yang juga bertemakan adiwira. Antara nama besar yang bakal memeriahkan filem tersebut ialah Nicholas Saputra, Joe Taslim, Ario Bayu, Dian Sastro dan of course, Bront Palarae!

FOTO: Joko Anwar

Harap-haraplah filem ini ditayangkan dekat Malaysia. Kalau betul jadi, korang tengoklah sis akan jadi orang pertama yang beli tiket. Yea!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my