Dhia Glam

‘Trick’ pilih jeans ikut bentuk tubuh

Oleh  | 

KAMU bukan tak cantik! Tetapi mungkin kamu tersalah pilih gaya pakaian  menyebabkan kamu kelihatan seperti makcik jiran sebelah rumah kamu. Jeans tak pernah out of style! Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan selesa digayakan ke mana-mana. Ada banyak potongan jeans sesuai dengan perkembangan semasa.

Namun, pemilihan jeans yang silap boleh menenggelamkan penampilan kamu. Maka untuk mengetahui potongan jeans yang sesuai, kamu terlebih dahulu perlu mengetahui bentuk badan kamu.

Badan lurus

FOTO: Verilymag

Jika kamu memiliki potongan badan jenis lurus atau straight body iaitu bentuk tubuh rata dan tiada lekukan dari dada ke pinggang, maka kamu sangat sesuai mengenakan skinny jeans. Ia akan membuatkan bahagian dada dan pinggang kamu lebih menonjol.

Badan pear

FOTO: Verilymag

Untuk yang bertubuh pear pula, iaitu bahagian tubuh yang lebar dari pinggul ke bawah. Kamu boleh mengenakan model jeans skinny high waisted untuk menutup lekuk pinggang kamu.

 

Badan berbentuk epal

FOTO: Verilymag

Untuk kamu yang memiliki badan berbentuk epal iaitu bahagian atas yang lebih lebar dari pinggul. Pilihan jeans yang sesuai dengan kamu ialah seluar yang memiliki poket yang besar.  Jika kamu ingin mengenakan high waisted pants, kamu disaran untuk memakai celana pendek

 

 Bentuk jam pasir

FOTO: Verilymag

Untuk badan berbentuk hourglass body shape iaitu yang lebah di bahagian dada dan pinggul. Jeans yang sesuai dengan kamu ialah high waisted skinny atau boot cut.

Sumber: verilymag.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my