Be-You-Ty

Pakai moisturizer sebelum tidur? Betul ke boleh mengakibatkan jerawat?

Oleh  | 

SIAPA je taknak memiliki kulit muka yang cantik dan bebas daripada jerawat kan? Sebab itulah pelbagai jenis skincare telah dicipta bagi membantu kita untuk mengatasi masalah-masalah kulit wajah. Tapi korang perlu tahu juga bila masa yang sesuai untuk mengaplikasikan setiap jenis skincare yang kita gunakan tau. Tak boleh lah main pakai sahaja. Rosak kulit nanti!

So, 3 produk paling asas untuk menjaga kulit wajah kita adalah dengan memakai cleanser, sun screen dan moisturizer. 3 produk ini dikira produk asas yang paling wajib untuk kita aplikasikan setiap hari.

Namun, ada dermotologist berpendapat bahawa pemakaian moiusturizer pada waktu malam boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat lebih-lebih lagi jika kulit seseorang itu sejenis yang berjerawat. Sejauh mana kebenaran ini ye?

Gantikan moisturizer dengan produk ini!

Moisturizer sememangnya berfungsi untuk melembabkan kulit wajah kita lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai kulit muka yang kering. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang berminyak, pemakaian moisturizer boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat seterusnya boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat tau.

Jadi, untuk korang yang mempunyai kulit muka yang berminyak, sis sarankan korang guna serum sahaja pada waktu malam bagi menggantikan penggunaan moisturizer.Sebenarnya serum kaya dengan antioksidan yang membantu mencerahkan kulit wajah kita tanpa menyumbatkan pori-pori.

Lepas dah tahu tentang ni jangan lupa praktikkan okay? Selamat mencuba!

 

 

Sumber: Fimela

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my