Be-You-Ty

Pakai sunblock pun kulit terbakar jugak! Ini cara pemilihan sunblock yang betul

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Sis nak tanya korang ni, pernah tak korang lepas bercuti ke atau bersukan ke atau dah spend seharian berjemur di bawah matahari, walaupun dah pakai sunblock hasilnya kulit korang berbelang jugak!

Yang paling tak best, rasa pedih pulak tu. Aduh! Lepas tu mula lah terfikir produk yang korang pakai tu tak bagus dan sebagainya.

Sebenarnya awak, itu adalah disebabkan salah pemilihan sunblock. Ha macam mana nak pilih yang betul? Meh sini sis bagitahu.

SPF

Ini adalah singkatan yang bererti Sun Protection Factor. Disebabkan cuaca zaman sekarang ini semakin panas, sis rasa wajar untuk kita lindungi kulit. Kalau korang perasan  ada sunblock yang bertulis SPF 30, SPF 50 dan lain lain.

Apa ertinya ? Nombor yang tertera itu adalah kiraan untuk berapa lama krim itu boleh mekindungi kulit kita daripada cahaya matahari dan tahap kekuatan bahan itu terhadap kulit.

Sis explain in details sikit untuk korang lagi faham. Contoh kalau korang ambil yang SPF 15, korang kena tolak satu dan bahagi dengan jumlah asal. Untuk lebih jelas, (15-1)/15 = 0.93 dan itu lah bererti produk itu boleh melindungi kulit kita dalam 93% daripada sinaran UV.

Jenis kulit

Kalau korang mempunyai kulit jenis putih, ia hanya boleh bertahan dalam 10 minit sebelum dbertukar menjadi lebih gelap.Manakala kulit yang kekuningan, mampu bertahan 15 minit dan kalau kulit gelap, mampu bertahan dalam 20 minit kerana kulit yang gelap lebih mampu tahan di bawah sinaran UV kenapa mempunyai pigmen melanin yang tinggi.

Jadi, korang kena kira kalau korang nak pakai SPF 15, darabkan dengan jumlah minit mengikut jenis kulit yang diterangkan di atas. Senang je, contohnya, kulit putih=10 minit, jadi, 15 x 10 = 150 minit. Maka SPF15 mampu melindungi kulit korang daripada cahaya matahari selama 150 minit sahaja.

Pemilihan Sunblock

Bukan setakat itu sahaja, ada lagi beberapa ciri yang korang kena tahu, contohnya perlindungan dari Ultraviolet A dan juga B. UV A bererti sinaran yang boleh menembusi lapisan kulit dan akan menyebabkan kulit cepat berkedut.

 

Kalau UV B pula tidak menembusi lapisan kulit dan akan menyerang lapisan luar kulit dan hanya akan menyebabkan lapisan luar sahaja yang terbakar. Kalau korang nak selamat, cari sunblock yang ada UVA & UVB .

Yang PA+++tu hape pulak?

PA itu adalah bermaksud kiraan UVA dan +++ tu maksudnya kadar kekuatan UVA dalam krim sunbock tu. Ini juga bererti produk tu tak ada kekuatan UVB.

Kalau korang nak lindungi kulit sekadar sekejap je atau penggunaan harian, korang sesuai untuk gunakan SPF 15 je cukup. Kalau nak lama sikit dan kuat berpeluh, korang elok guna SPF 30. Kalau putih sangat kulit tu macam koala bear punya bulu, gunakan SPF50.

Lastly sis nak kongsikan dekat korang, kalau nak buat aktiviti macam bermandi-manda di laut dan sebagainya, korang kena kerap sapukan sunblock tu okay? Waterproof atau tidak.

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my