Serious?!

‘Pakai tudung tapi carut’ – Dikecam netizen, ini respon’ cool ‘ Mira Filzah

Oleh  | 

KALAU  sudah namanya selebriti, setiap langkah dan gerak geri pasti sahaja diawasi. Itulah lumrah anak seni yang perlu diterima.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah Badiozaman memuat naik sekeping gambar di laman sosial. Gambar tersebut diambil di hadapan sebuah restoran bernama Birch yang terletak di Bangsar.

 

View this post on Instagram

 

Puan Amalina and Puan Anis. 💖 . . @galeriariani

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Wujud salah faham mengenai nama restoran berkenaan menyebabkan seorang netizen menyerang Mira dan menuduh pelakon tersebut sedang menyatakan sesuatu yang tidak baik.

Tak sangka kan, MF ni pakai je tudung tapi carut. Kenapa perkataan mencarut tu letak dekat location. Kenapa tak letak dekat caption? Takut masuk Melodi ke tu

Mira Filzah nampaknya tidak mudah melatah dan hanya memberi respon yang pendek tetapi sangat cool

Think before you speak

“Sila berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap”

Berang dengan tindakan netizen tersebut, pengguna laman sosial yang lain turut menegur perbuatan pemilik akaun berkenaan yang sewenang-wenangnya membuat komen negatif secara melulu.

Di zaman media sosial ini, kan elok kalau kita saling bercakap benda yang baik dan tidak mudah mencari kesalahan orang lain. Betul tak? Apapun tindakan Mira memang cool dan terbaik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my