DhiaLova

Panas! Ini teknik pakar ajar macam mana nak tahu pasangan korang curang

Oleh  | 

PANAS! PANAS! Cerita bab curang ini memang boleh buat sesiapa pun terbakar. Kalau yang dah berkahwin itu, lagilah marak apinya kadangkala sampai boleh menyebabkan penceraian. Tapi apa yang menarik ialah, lelaki dan perempuan sebenarnya mempunyai cara tersendiri untuk tahu sama ada pasangan mereka menipu atau tak.

Menurut kajian yang dijalankan University of Western Australia, lelaki sebenarnya tak mampu nam baca sangat sama ada teman wanitanya sedang curang. Tapi, perempuan lebih mudah untuk tahu lelaki itu curang ke tak dengan hanya sekali pandang sahaja! Amacam? Cuak tak?

Ini kerana dalam kajian itu menyatakan lelaki cenderung dilihat sebagai seseorang yang tidak setia. Walaupun susah sebenarnya nak tahu seseorang itu menipu atau tidak, ini ada beberapa senarai yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti seseorang itu jujur atau tak.

via GIPHY

Mata laju pandang kiri kanan

Kalau seseorang itu berasa tak selesa atau tak selamat, mata dia akan pandang kiri dan kanan. Nak lagi kalau si dia beri reaksi ini lepas korang tanyakan soalan panas dekat dia. Bukanitu sahaja, dia pun tiba-tiba tukar topik.

Tutup mata

Kalau si dia tutup mata lebih dari sesaat, ha adalah tu yang tak kena. Sebabnya, tutup mata adalah mekanisme untuk pertahanan.

via GIPHY

Pandang arah kiri dan kanan

Kalau korang tanya soalan lepas itu mata dia pandang ke telinga sebelah belah kiri maksudnya tengah dengar. Tapi kalau mata dia pandang ke arah telinga kiri, maksudnya tengah tipu la tu.

Guna tangan kanan atau tangan kiri

Kalau seseorang itu biasa menggunakan tangan kanan, memang biasa kalau dia nak pandang ke kiri bagi mengingati apa-apa kejadian yang berlaku. Tapi kalau dia pandang ke kanan maksudnya dia tengah mengarang cerita lain untuk berselindung.

via GIPHY

Buat-buat senyum

Kita boleh tahu tau kalau seseorang itu memang senyum ikhlas atau tidak. Tapi kalau dia sekadar lebarkan bibir maksudnya dia tengah tipu korang!

Lepas ini bolehlah gunakan teknik ini untuk kenal pasti betul ke pasangan korang menipu. Good luck.

Sumber: TheAsianParent

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my