Inspirasi Dhia

Panas orang biadap dengan kamu? Balas balik dengan ini!

Oleh  | 

TAK semua boleh dijadikan bahan lawak. Namun tak semua menyedari kata-kata dan perlakuan yang dirasakan kelakar itu boleh menjadi sesuatu yang mengguris perasaan orang lain. Terdapat kata-kata dan perlakuan yang boleh disalah tafsir hingga mendorong kepada perang dingin.

Pernah tak terjadi bila seseorang berkata biadap di depan kamu sehingga kamu menjadi sangat marah dan ingin lempar kerusi ke wajahnya? Aip, jangan begitu, apa kata kamu bertenang dahulu dan ikuti beberapa langkah ini untuk membalas kembali apa yang dilakukan orang itu.

Buat tak tahu

via GIPHY

Orang yang biadap ini memang suka tengok muka kamu merah menahan malu atau menangis kekecewaan. Itulah sebabnya kamu perlu bertenang dan ambil nafas dalam-dalam. Serlahkan wajah “blank” pada muka kamu sebagai mesej rahsia kepada mereka yang biadap kepada kamu menunjukkan ia tidak memberi kesan kepada diri kamu.

 Jangan pandang ke matanya

via GIPHY

Walaupun kamu dalam keadaan marah, jangan lihat ke matanya. Jika tidak, kamu seperti membenarkan perlakuannya. Jangan pandang ke bawah kerana kamu kelihatan seperti kalah. Lihat ke hadapan bagai tiada apa-apa berlaku.

Alihkan badan kamu daripadanya

Kalau seseorang itu sudah biadap, tak perlulah nak lihatnya lama-lama. Alihkan saja badan kamu daripada melihatnya. Peluk lengan kamu sebagai tanda kamu tidak berminat dengan drama yang sedang dimainkannya.

Berjalan dengan yakin

Tinggalkan orang yang toksik itu dibelakang kamu dan berjalanlah dengan yakin. Namun jika kamu tetap ingin katakan sesuatu sebelum  beredar, jeritlah “okay” di hadapan mukanya. Atau kamu boleh menyindirnya dengan berkata “Wow, bagusnya”. Berjalanlah dengan yakin sambil mendengar lagu-lagu ini di telinga tanpa perlu mendengar bebelannya selepas itu.

Jauhi orang tersebut

via GIPHY

Tak perlu nak dekati mereka yang selalu berkelakuan jahat kepada kamu. Jika mereka orang asing kepada kamu mungkin lebih mudah untuk menghindarinya. Namun jika dia adalah orang yang berada berdekatan kamu, agak sukar untuk menghindarinya. Limitkan perbualan kamu dengannya. Jika dia makin mnejadi-jadi seperti menyerang kamu di sosial media kerana kamu tidak melayannya di dunia nyata. Apa kata kamu block terus mereka. Aman sikit dunia kamu.

Berjumpa terus

Kalau kamu merasakan masalah ini boleh diselesaikan secara bersemuka. Kamu boleh sahaja bertemunya empat mata dan tanyakan apa sebenarnya yang membuatnya tidak puas hati kepada kamu. Berbincang dengan baik kepadanya. Jika itu tidak menyelesaikan masalah, biarkan. Setidaknya kamu sudah lakukan sesuatu.

Kita tidak boleh memaksa orang untuk menerima kita. Jika tingkap sudah kotor, bunga di luar pun kelihatan buruk. Jika hati sudah busuk, di sisi mana pun hanya ternampak buruk.

 

Sumber: Wikihow

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my