Serious?!

Panggil pelacur, larang guna telefon, Ini 4 kekejaman yang dilakukan suami di Malaysia

Oleh  | 

KES keganasan rumah tangga ini memang dah banyak kali kita dengar. Tapi biasanya orang akan kaitkan dengan penderaan yang melibatkan fizikal macam kena pukul sehingga menyebabkan kecederaan.

Namun, penderaan secara emosi sebenarnya juga sama parah dan boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada seorang perempuan. Pengarah Eksekutif Pertubuhan Wanita (WAO), Sumitra Visvanathan mendedahkan kes penderaan ini tak hanya dalam kalangan kelompok bermasalah namun ia juga menukar kepada golongan profesional dan berpendidikan.

Selama ini mungkin kita ingat ekonomi adalah faktor utama kenapa lelaki pukul perempuan. Tapi sebenarnya kajian menunjukkan sebab seorang lelaki yang berpendidikan pukul isteri adalah kerana ingin menunjukkan kuasanya kepada pasangan. Majoriti yang menjadi mangsa ialah wanita muda yang bekerja dalam sektor swasta.

Panggil pelacur

Menurut Sumitra, ada beberapa perkara yang dilakukan suami untuk mendera emosi isteri antaranya memanggil mereka dengan panggilan seperti pelacur dan monyet sehingga menyebabkan mangsa mengalami kemurungan kronik.

Kurung isteri

Ada juga laporan yang diterima membabitkan penderaan psikologi seperti suami mengurung isteri selama lima tahun. Dalam tempoh itu, isteri tak dibenarkan berhubung dengan dunia luar. Tak dibenarkan guna telefon atau menonton televisyen.

Makan sekali sehari

Dalam tempoh tersebut juga, isteri hanya diberi makan sekali sehari. Bukan itu sahaja, anak-anak pun akan menerima nasib yang serupa apabila mereka dilarang untuk bersekolah.

Dihina paras rupa

Ada juga suami yang maki hamun dan hina paras rupa dengan niat untuk merendahkan martabat isteri. Semua ini dilakukan hanya untuk memastikan isteri hilang keyakinan pada diri sendiri dan akur pada segala kehendak suami.

Penderaan macam ini walaupun tak nampak kesannya di depan mata tapi ia boleh menyebabkan gangguan seperti tekanan pasca traumatik, tekanan, keliru dan paranoid.

Mereka yang selalu menjadi mangsa dera selalunya berusia 20 hingga 29 tahun. Negeri yang banyak dilaporkan kes keganasan rumah tangga ialah di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Sumber: Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my