Inspirasi Dhia

Pasti menitis air mata. Video istimewa untuk rakyat Malaysia

Oleh  | 

DEMI menyeru semangat patriotik dan cintakan kepada negara, Nourul Depp menghasilkan sebuah video kompilasi menggabungkan nama-nama terkenal yang pernah mengharumkan nama Malaysia.

Video ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada para barisan kerana anggup bertungkus lumus dalam membantu negara untuk menentang COVID-19.

Dek kerana bimbang akan angka kematian yang semakin meningkat setiap hari, Nourul bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna adan Sinclair, Ning Baizura, Dahpne Iking, Dynas Mokhtar, Floor 88, Adibah Noor, Zahida Rafik, Rozi Abdul Razak, Elyana dan Ella Ratu Rock Malaysia tampil menyanyikan lagu Gemilang melalui album ELLA USA.

Nourul juga turut menyatakan bahawa beliau tidak sempat untuk mendapatkan video tambahan daripada para barisan hadapan.

Sebelum itu, selebriti Hollywood Gal Gadot memberikan idea yang sama menggabungkan beberapa rakan artisnya menyanyikan sebuah lagu.

Tambahan lagi, seorang pengacara Indonesia Njawa Shihab turut berjaya menggabungkan penyanyi seberang menyeru semangat dalam usaha menghindari wabak COVID-19 ini.

Pastikan korang semua kongsikan video ini demi menyebarkan mesej positif dalam melawan penularan COVID-19!

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my