D-Life

Pastikan 5 benda ini tiada atas meja kerja

Oleh  | 

SIAPA yang tidak suka melihat meja kerja yang kemas dan tersusun setiap pagi? Ia akan membantu kamu untuk lebih produktif dan efisien.

Meja kerja menunjukkan personaliti seseorang individu. Kalau meja kamu berselerak ia akan memberi kesan buruk kepada pemiliknya.

Oleh itu, kamu bperlu tahu ini beberapa perkara yang tidak seharusnya diletakkan di atas meja kerja kamu. Tak kisahlah meja kerja kamu ialah cubicle atau terbuka.

Makan tengahari

via GIPHY

Kamu mungkin berpendapat makan tengahari di atas meja kerja ialah ciri pekerja produktif. Kreativiti seseorang boleh diasah sekiranya mereka mengubah keadaan dan suasana sekelilingnya. Oleh itu, kamu digalakkan  untuk bergaul dan menikmati makan tengahari selain di meja kerja kamu.

Gelas kotor

via GIPHY

Memang bagus menikmati kopi untuk memberikan kamu tenaga di pagi hari. Namun jangan biarkan gelas yang kotor itu terus berada di atas meja kamu. Rajin-rajinkan diri kamu untuk mencucinya di dapur.

Barang-barang politik

Tidak salah untuk berminat menyertai politik. Namun kamu harus ingat, setiap orang mempunyai kecenderungan politik yang berbeza. Jika kamu meletakkan barang-barang politik di atas meja kerja, ia akan menimbulkan perasaan tidak senang kepada rakan sekerja kamu.

Barang pembersihan diri

Mungkin normal bagi perempuan untuk memiliki losyen kulit di atas meja kerja. Tapi janganlah sampai kamu letakkan berus gigi, sepit rambut, pemotong kuku dan deodorant di atas meja. Sepatutnya ia diletakkan di rumah.

Pewangi

via GIPHY

Semua orang sukakan wangian. Taoi tak semua suka bau yang terlalu kuat. Kamu perlu berhati-hati memilih wangian bilik. Ada bau yang kena dengan jiwa kamu namun ia adalah sesuatu yang menggangu untuk orang lain. Ia sekaligus akan mengganggu fokus kerja orang lain.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my