D-Life

Patutlah kurus semacam, Ini rupanya yang Adele buat sampai turun 19 kg!

Oleh  | 

SIAPA yang tak kenal dengan penyanyi terkenal Adele. Setiap kali dia nyanyi, setiap kali itulah kita akan rasa tersihir. Merdu dan betul-betul meruntun perasaan. Satu benda yang yang membuat Adele lain daripada orang lain ialah walaupun memiliki bentuk tubuh yang agak gempal, tapi dia tetap nampak cantik dan mempersonakan di atas pentas.

Namun, penyanyi lagu All I Ask itu bagaimanapun nampak lain apabila muncul di pentas Drake awal bulan ini. Rupa-rupanya beliau telah turun berat badan sehingga 19 kg!

via GIPHY

Berikut adalah apa yang Adele lakukan untuk menurunkan berat badan.

Diet Sirtfood

Sesiapa yang mengambil diet ini, dia akan makan makanan berunsurkan tumbuhan untuk kurus. Biasanya dipenuhi dengan protein yang berperanan mengurangkan nafsu makan. Ia juga mampu melindungi sel tubuh agar tidak stres, tidak mengalami peradangan dan proses penuaan. Mereka yang mengamalkan diet ini masih boleh makan dark chocolate.

Pilates

Sejak awal tahun ini, Adele telah mula menjalani rutin pilates dengan kawannya Ayda Filed. Kelas pilates melibatkan alat untuk memperbaiki postur, fleksibiliti dan keseimbangan tubuh

Bersenam

Sebenarnya, Adele diam-diam mengikuti video bersenam Jow Wicks. Dia lebih selesa bersenam dekat rumah tanpa diketahui orang ramai. Selepas bercerai dengan Simon Konecki, dia semakin mempergiat aktiviti bersenam.

FOTO: The Mirror

Tak minum teh

Sebelum ini Adele pernah mengaku yang dia sangat suka minum teh. Dia boleh habiskan 10 cawan cawan teh sehari dengan dua senduk gula. Baru-baru ini Adele telah mengurangkan minum teh dan mengakui rasa lebih bertenaga.

Fokus kepada kesihatan dan kebahagiaan

Salah satu mantra yang dipegang Adele ialah mencari kebahagiaan dalaman kemudian barulah kesihatan fizikal. Banyak benda positif yang akan datang setiap kali kita mula menghargai diri kita sendiri.

FOTO: ELLE

Nampaknya inilah yang Adele lakukan sampai dia boleh turun berat badan. Perbezaan dia sangat besar kalau nak dibandingkan beberapa tahun lalu, kan? Sis tiba-tiba rasa bersemangat juga nak bersenam. Jom!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my