Serious?!

Letup! Payung Teduh mahu duet dengan Siti Nurhaliza dan Atilia Haron

Oleh  | 

 

BAND indie Indonesia, Payung Teduh tidak menyembunyikan hasrat untuk berduet dengan dua penyanyi terkenal Malaysia, iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Atilia Haron. Hasrat itu disuarakan dalam satu temu bual eksklusif Dhia bersama band tersebut, di Jakarta, baru-baru ini.

Kali terakhir Payung Teduh berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia ialah bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dalam satu acara gig di ibu kota, April 2017.

“Saya kalau ditanya, mahu (kolaborasi) bersama Noh Salleh lagi, kerana belum puas,” ujar Comi dan Alejandro, ahli kumpulan Payung Teduh.

“Juga teringin (duet) sama Atilia Haron. Mungkin Siti Nurhaliza juga seperti menarik. Siapa tahu?” tambah mereka lagi.

BACA:  Wow! Payung Teduh nyanyikan lagu tema Wreck-it Ralph 2!

Payung Teduh yang baru sahaja melancarkan single terbaharu kolaborasi bersama Disney untuk filem Disney’s Ralph Breaks the Internet: Wreck-it-Ralph 2 berjudul Sebuah Lagu akan mendapat tempat di hati peminat di Malaysia seperti lagu Akad.

“Kami tidak pernah meletakkan apa-apa target. Kami cuma berkarya, dan biarkan karya itu ‘berjalan’ sendiri. Tetapi kami mengharapkan agar lagu ini (Sebuah Lagu) menjadi kegemaran di sana nanti,” ujar mereka.

Sebuah Lagu bersama muzik videonya, akan muncul sebagai lagu kedua dalam kredit akhir filem animasi Wreck-it-Ralph 2 yang akan menemui peminat di pawagam bermula 22 November ini.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my