Serious?!
‘Peach’ kembali didengari, ini 5 benda jadi semasa IU tulis lagu untuk Sulli
KALAU korang mengikuti perkembangan dunia hiburan Korea, mesti korang dah kenal dengan penyanyi IU yang cantik dan berbakat ini. Sejak berita kematian pelakon Sulli menggegarkan dunia beberapa hari lepas, warganet kembali memperkatan lagu Peach yang ditulis IU beberapa tahun sudah.
Lagu bertajuk Peach ditulis oleh IU ketika dia mempromosikan mini albumnya bertajuk Spring of a Twenty Year Old pada tahun 2012. Ketika lagu itu ditulis, IU sebenarnya membayangkan bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta apabila terpandang sosok Peach.
BACA:Mayat Sulli, bekas kumpulan f(x) ditemui di tingkat dua
Selain itu, ini adalah 5 benda yang jadi selepas dia menuliskan lagu itu.
Sulli perempuan cantik seperti Peach
Cerita Sulli dan IU ini menjadi kawan adalah ketika mereka berdua terlibat dalam satu acara muzik di Inkigayo. Menurut IU lagi, dia terpukau dengan kejelitaan penyanyi itu yang dirasakan seperti Peach.
“Dia amat cantik seperti buah peach. Bagiku, Sulli adalah perempuan tercantik.” katanya.

IU membayangkan diri adalah seorang lelaki
Semasa menuliskan lagu itu, IU membayangkan dirinya yang jatuh cinta pandang pertama dengan Sulli. Sebab itulah kalau korang baca sampai habis liriknya menceritakan bagaimana seorang lelaki memuji kecantikan seorang perempuan.
Sulli pernah menyanyikan lagu itu
Dalam sebuah drama bersiri To The Beautiful You, Sulli pun pernah menyanyikan kembali lagu Peach tersebut. Dalam drama itu, Sulli merupakan pelakon utamanya.
IU mengiyakan
Ketika sebuah rancangan wawancara di MBC bertajuk Radio Star. Sulli bercerita pernah menelefon IU bertanya bernarkah dia adalah Peach yang dimaksudkan di dalam lagu itu dan IU mengiyakan perkara itu. Sejak lagu itu dilancarkan, ramai peminat memanggil Sulli dengan gelaran Peach.
Kembali menduduki carta
Lagu lama itu kemudian muncul semula di carta apabila menduduki tangga kedua dalam Top 100 Skyrocketing Song sejak berita kematian Sulli diperkatakan.

Berikut adalah maksud lirik lagu tersebut:
Mataku tetap terpaku pada paras putih itu.
Mengapa aku tidak pernah jenuh denganmu?
Ketika kamu tersenyum tipis padaku, aku begitu menggila.
Bagaimana kamu bisa begitu cantik, sayang?
Bagimana aku bisa menjelaskan perasaan ini?
Ketika aku melihatmu, hatiku menjadi mati rasa dan pedih.
Oh, dengan kata seperti apa aku dapat menjelaskan tentangmu.
Seluruh kata-kata di dunia mungkin tidaklah cukup.
Dengan kaki-kaki itu yang begitu cantik hanya dengan berdiri diam.
Kamu berjalan ke arahku, dan kamu memelukku.





Komen Terkini