Serious?!

Pelakon wanita Captain America ditahan bunuh ibu sendiri

Oleh  | 

PELAKON wanita daripada filem popular Captain America telah ditahan oleh pihak polis bandar Kansas dimana beliau dituduh membunuh ibunya sendiri!

Mollie Fitzegerald seorang pelakon wanita yang memegang watak kecil dalam filem Captain America: The First Avenger dikatakan terlibat dengan pembunuhan ibu kandungnya sendiri.

Ibu kandungnya Patricia dipercayai ditikam dan mati ditempat kejadian. Sejurus selapas itu, Mollie menelefon pihak polis dan mengaku bahawa dia telah menikam ibunya sendiri atas dasar menlindungi diri. Menurut autopsi,terdapat kesan cekik dan lebam-lebam pada badan mangsa.

Foto:Yahoo

Mollie di tahan pada 31 Disember atas pertuduhan membunuh ibu kandung sendiri dan pihak ppolis berjaya membuktikan bahawa mangsa tidak berdada dalam keadaan yang membahayakan.

Mangsa juga tidak mempunyai sebarang senjata seperti yang dikatakan oleh pelakon wanita itu. Pihak hakim juga turut mengarahkan pembunuh itu menjalani pemeriksaan mental atas perbuatan yang telah dilakukannya itu.

Mollie Fitzgerald ditangkap oleh pihak polis Kansas atas pertuduhan membunuh dan dipenjara. Mollie juga mempunyai ikat jamin sebanyak  $ 500 ribu.

Sis belanja sikit part mana Mollie Fitzgerald ni berlakon dalam filem Captain America :The First Avenger.

Sumber:scallywagandvagabond.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my