Oh-Oh-Tee-Dee

Pelbagaikan gaya baju ‘turtleneck’ korang untuk tampil stylo!

Oleh  | 

HI ladies! korang ada baju turtleneck yang banyak dalam almari tapi tak tahu nak gayakan untuk nampak stylo? Dhia tahu caranya. Jangan risau tentang  style yang korang nak pakai kerana untuk tampil fashionable, kita cuma perlu confident dengan apa yang kita pakai dan tahu cara untuk menggayakannya supaya tak nampak over dan fashion disaster.

So mari sini Dhia kongsi dengan korang cara-cara untuk menggayakan baju turtleneck supaya tak ada lah boring asyik pakai gaya yang sama je kan. Check them out!

Overall

Kali ini kita keluar daripada kebiasaan. Gayakan turtleneck korang dengan overall. Gadis yang memakai hijab pun boleh cuba gaya ini juga. Tiada halangan dalam berfashion asalkan tidak melanggar hukum kan?

FOTO: Pinterest

FOTO: Pinterest

Denim on denim

Cara penggayaan ini sangat mudah dan effortless. Match kan turtleneck korang bersama jacket dan seluar denim. Mesti hasilnya WOW!

FOTO: Pinterest

 Skirt

Selain overall, turtleneck juga cantik dipadankan dengan skirt. Untuk nampak lebih stylista gitu, tuck in baju korang dan pakai belt. Korang boleh tengok contoh-contoh gambar yang Dhia share ni sebagai rujukan okay?

FOTO: Pinterest

FOTO: Pinterest

Leather and printed jacket

Untuk tampil bergaya dan menawan, sekali sekala mix match kan turtle neck korang bersama jaket. Lebih cun kalau jacket korang bermotif dan labuh. Mesti akan lebih stylo.

FOTO: Pinterest

FOTO: Pinterest

Bootcut

Ha, untuk korang yang  suka tampil stylo boleh cuba gayakan turtleneck korang dengan seluar bootcut. Seluar bootcut akan buat korang nampak lebih tinggi bila memakainya, digabungkan pula bersama baju turtle neck semestinya penampilan korang akan lebih BOOM!

FOTO: Pinterest

FOTO: Pinterest

So, dah ada idea ke  belum macam mana nak gayakan baju turtle neck korang? Confirm penampilan korang akan lebih stunning dan stylo bila korang ikut tips yang Dhia bagi dekat atas ni. Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my