Serious?!

Peliknya mayat boleh berjalan sendiri ke kubur mereka!

Oleh  | 

SIAPA antara korang yang tahu mengenai suku kaum Toraja yang menetap di pergunungan bahagian utara Sulawesi Selatan, Indonesia? Yang tak tahu tu, mari sini Dhia nak kongsikan cerita.

Kaum asli Toraja akan mengadakan upacara kematian setiap tahun yang disebut sebagai Manene. Haa, Manene ini pula bermaksud penjagaan dari nenek moyang. So, setiap kali tibanya bulan Ogos, mayat-mayat ini akan diambil dari kubur mereka untuk dimandikan, dihias dan dipakaikan baju baharu. Bila dah disiapkan cantik-cantik, guess what? Mayat-mayat ini akan berjalan semula ke kubur mereka. Persoalannya macam mana mayat-mayat ni boleh berjalan ek?

Bagi masyarakat Toraja ianya satu perkara yang biasa. Ketika hari Manene ini, setiap keluarga akan menaiki tebing dan masuk ke dalam gua di kampung-kampung terdekat untuk mengumpul dan membersihkan mayat-mayat keluarga mereka.

Image via Claudio Sieber/The Sun

Selesai dimandikan, mayat-mayat ini akan dipakaikan baju yang cantik dan dihiaskan. Kemudian, mereka akan diarak secara beramai-ramai dalam keadaan berdiri tegak ke kubur mereka semula. Sebenarnya ritual ini hanya sebuah ritual lama sebelum Toraja kehilangan daerah mereka akibat dijajah Belanda.

Image via Claudio Sieber/The Sun

Image via Claudio Sieber/The Sun

Image via Claudio Sieber/The Sun

Daerah Toraja ni sebuah daerah yang kecil. Mulanya, daerah Toraja dibangunkan oleh sebuah keluarga. Selepas itu, lama kelamaan berkembang menjadi sebuah daerah sampailah penduduknya mencecah lebih sejuta orang.

Untuk pengetahuan korang, kaum Toraja tidak akan bergerak jauh dari tempat tinggal mereka kerana mereka percaya sewaktu mereka meninggal dunia, roh mereka akan tinggal lama di dalam tubuh sebelum bergerak ke Ulya, tempat dimana jiwa-jiwa mereka dikumpulkan.

Image via Claudio Sieber/The Sun

Image via Claudio Sieber/The Sun

Sebenarnya ritual ini mempunyai makna yang tersendiri tau. Nak tahu apa dia? Ha, betapa pentingnya hubungan sesama masyarakat lebih-lebih lagi bagi keluarga atau kenalan yang telah meninggal dunia. Mereka ni percaya bahawa hubungan kekeluargaan tu tidak akan putus walaupun sudah meninggal dunia. Ritual ini juga bertujuan untuk perkenalkan anggota keluarga yang muda kepada mayat-mayat yang telah dikumpulkan. Serious lah?

Image via Claudio Sieber/The Sun

Dalam era moden seperti sekarang ni pun masih ada sesetengah masyarakat yang berpegang teguh dengan kepercayaan nenek moyang lagi kan? Scary betul bila tengok mayat dikumpulakan banyak macam tu. Apapun, Dhia tetap rasa benda ni menarik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my