Serious?!

Pembunuh bersiri bergelar ‘The Beast’ akan dibebas kan pada tahun 2021!

Oleh  | 

LUIS Alfredo Garavito Cubillos merupakan seorang pembunuh bersiri yang mempunyai jumlah bunuhan sebanyak 138 mangsa! Apa yang menjadi lebih dahsyat adalah kesemua mangsanya adalah kanak-kanak.

Tergamak melakukan aktiviti yang kejam ini, Luis Garavito dijatuhi hukuman penjara sehingga 1853 tahun lamanya! Pembunuh bersiri ini dipenjara dan dikawal dengan ketat di Columbia. Kalau korang nak tahu, negara Columbia akan menjatuhi hukuman selama 13 tahun bagi setiap mangsa yang dibunuh.

Sama seperti kebanyakkan pembunuh bersiri yang lain, Luis Garavito didera oleh bapanya yang merupakan seorang ketagih dengan minuman keras. Beliau sering didera secara seksual oleh bapanya sendiri sehingga pada usia 16 tahun, Luis melarikan diri daripada rumah.

Foto:media.tumblr.com

Akibat daripada pengalaman itu, Luis menjadi seorang yang panas baran dan mewarisi ciri bapanya iaitu menjadi ketagih terhadap minuman keras. Bukan itu sahaja, pembunuh ini juga turut mencuba untuk membunuh diri tetapi gagal.

Di negara Columbia yang masih lagi terlibat dengan perang saudara pada ketika itu telah mengakibatkan kanak-kanak bergelandangan menjadi terlalu ramai dan daripada isu ini Luis mula mempunyai idea bagaimana beliau ingin memuaskan nafsunya yang dahsyat itu.

Foto:https:serialkillerproject.tumblr.com

Luis akan menyamar diri sebagai seorang paderi, petani atau orang tua yang ingn memberikan bantuan kepada kanak-kanak gelandangan yang mencari pekerja untuk membantunya. Luis Garavito akan mengajak kanak-kanak tersebut berjalan bersamanya sambil menceritakan keperitan hidup dan lalu akan membuatkan mereka merasa letih dan tidak terdaya untuk melawan.

Setelah kanak-kanak tersebut mudah untuk dikuasai, dia akan mengikat mangsa lalu menyiksanya dengan cara yang teramatlah kejam. Luis merogol dan memotong anggota badan mangsa! Bukan itu sahaja, ada sampai ke tahap memotong kemaluan kanak-kanak dan menyumbatnya kedalam mulut mereka.

Foto:serialkillerproject.tumblr.com

Mangsa-mangsanya akan ditanam dalam satu kubur yang besar. Setelah itu, Luis mencatat jumlah mangsanya dalam sebuah jurnal yang beserta gambar-gambar mangsa. Pembunuh kejam ini juga turut mencatat senacar terperinci apa yang telah dilakukan pada setiap mangsa.

Foto:assets.rebelcircus.com

Disebabkan The Beast ini banyak membantu pihak polis  dengan bekerjasama memberitahu dimana dia menanam mangsa-mangsa dan belajar untuk berkelakuan baik, hukumannya daripada 1853 tahun di kurangkan sebanyak 62 tahun. The Beast ini bakal dibebaskan pada tahun 2021!

Foto:serialkillerproject.tumblr.com

Sumber: iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my