Serious?!

Pembunuh bersiri, makan daging manusia

Oleh  | 

ISSEI SAGAWA merupakan seorang pembunuh bersiri yang masih berjalan bebas ditanah Jepun. Pembunuh ini dibesarkan dengan secara normal akan tetapi,tidak didedahkan apa-apa yang berkaitan dengan bab seksual.

Hanya dipenjara selama dua tahun dan dibebaskan selepas beliau dibuktikan mempunyai akal yang tidak siuman. Akan tetapi bagaimana pulak pihak mangsa yang terpaksa menanggung kesan seumur hidup.

Issei membunuh seorang wanita yang berbangsa Dutch dimana wanita tersebut adalah rakannya sendiri di zaman belajar. Manusia ini mempunyai keinginan untuk meratah daging manusia pada ketika zaman persekolahanya selepas melihat peha seorang lelaki.

Setelah gagal mengawal nafsu yang gila itu, beliau menjemput seorang rakan wanitanya atas alasan untuk membantunya mentafsir sebuah puisi. Issei menembak mangsanya di bahagian leher dari belakang.

Foto:emadion

Pembunuh ini melakukan hubungan seksual dengan mayat mangsa selepas tersedar daripada pengsan. Tak cukup dengan itu, pembunuh ini cuba untuk mengigit badan mangsa namun gagal untuk memakan daging mangsa.

Tidak berpuas hati, Issei keluar dari rumahnya dan membeli pisau pemotong daging untuk bertujuan memotong daging mangsa dan memakannya!

Foto:allthatsinteresting

Pembunuh ini menyimpan beberapa bahagian badannya di dalam peti sejuk untuk menyimpan dengan bertujuan untuk memakannya lagi. Issei cuba untuk menghapuskan mayat mangsa dengan menyumbat mangsa ke dalam dua beg pakaian yang besar.

Foto:onedio

Tindakkannya yang mencuba untuk membuang mayat mangsa ke dalam tasik gagal sama sekali apabila dia ditahan kerana kelihatan seperti curiga oleh orang awam dan polis di Perancis.

Foto: postmagazine

Pembunuh ini dibiarkan bebas di Jepun akibat dokumen yang menyatakan beliau sebenarnya siuman tidak dapat diperolehi akibat sulit dan boleh melanggar undang-undang. Oleh disebabkan itu, Issei Sagawa bebas berjalan di Jepun!

2 Comments

  1. ZZD

    23 October 2019 at 11:59 am

    Lepas bebas,dia kena pantau tak?

    • Emma

      23 October 2019 at 12:01 pm

      kemungkinan bergantung pada ubat dan pemantauan pihak hospital

Komen

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my