Serious?!

Pemergian Ashraf Sinclair dirasai, warganet berduka di Twitter

Oleh  | 

TIADA siapa boleh meneka bilakah ajal akan menjemput. Selepas berita  pemergian abam Bocey, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian pelakon berbakat besar Ashraf Sinclair yang juga merupakan suami kepada selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Melalui persanan ringkas dengan pengurus BCL, Ashraf dipercayai mengalami serangan  jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan  Medical Centre di Jakarta.

Ramai rakan artis yang mengucapkan takziah kepada BCL atas pemergian suaminya. Antaranya Dian Sastrowardoyo, Nora Danis, Neelofa, Daiyan Trisha dan Laudya Cynthia Bellaz.

Nampaknya Ashraf memang mempunyai tempat istimewa dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak pagi tadi, Ashraf Sinclair menjadi topik paling trending apabila rata-rata netizen mengucapkan salam takziah dan terkejut dengan berita itu pemergian pelakon Gol dan Gincu itu.

Membesar dengan cerita Ashraf Sinclair

Perkahwinan Ashraf dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Team Dhia mengucapkan salam takziah kepada BCL keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my