Serious?!

Penangan bini kaki ‘shopping’, suami ‘prank’ kek ‘parcel’

Oleh  | 

KALAU dah namanya perempuan, memang tak boleh kalau tak shopping. Tak kisahlah pergi singgah kedai tepi jalan, dalam mall, mahupun secara online. Ada sahaja yang nak dibelinya. Setiap kali nampak barang yang kita beli sampai dekat depan pintu, mulalah kita tersenyum bahagia.

Ha, ini ada satu cerita yang lucu. Oleh sebab si isteri suka sangat shopping online. Si suami pun apalagi, pergilah design sebuah kek yang sebiji macam parcel barang online sempena ulangtahun kelahiran si isteri.

Ceritanya bermula apabila si suami mengatakan ada bungkusan yang sampai. Emily McGuire pun terujalah sebab menyangka ia adalah bungkusan yang ditempah suaminya di mana-mana platform e-commerce.

Alangkah terkejutnya Emily apabila melihat bungkusan tersebut rupanya ialah sebuah hari lahir untuknya. Apa yang menarik ialah, kek tersebut diseliputi aising berbentuk parcel siap dengan alamat dan nama penuh di atasnya.

Menurut Emily, kek itu adalah petanda bahawa suaminya sudah lama memerhatikan hobinya yang suka sangat beli barang secara online. Dia kemudian memuat naik gambar berkenaan di laman sosial. Ramai juga yang tertarik dengan design kek Emily.

Ada juga yang sempat menurunkan komen bergurau,

Cuba bayangkan awak sleepwalk dan kunyah almari sebab awak ingat ia adalah kek,”

Adoi, macam-macam. Patutnya si suami tulis sikit ucapan macam

“Jangan shopping banyak sangat tau,” hiks!

Apapun, orang yang buat kek ini memang terbaik. Real betul.

Sumber: MirorUK

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my