Inspirasi Dhia

Penangan Maya Karin, semua berbondong-bondong ke air terjun!

Oleh  | 

PENANGAN pelakon cantik Maya Karin memuat naik gambarnya yang berbaring di dalam sungai telah menjadi ikutan di laman sosial dengan hastag #riveroflife.

Duta River Of Live  (ROL) itu bagaimanapun tidak pernah menyangka bahawa tweet tersebut mendapat perhatian peminat yang mula memuat naik gambar masing-masing di laman sosial mereka.

Scroll sahaja di twitter, ada bermacam gaya netizen yang dapat kita perhatikan. Ini antara yang sempat Dhia kumpulkan.

Menurut Maya, adalah penting untuk menjaga alam sekitar demi menjaga kepentingan masa hadapan.

“Saya mahu tanamkan benih kasih sayang terhadap alam sekitar kepada generasi muda,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Maya dilantik menjadi duta ROL  iaitu sebuah projek oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menjaga alam sekitar.

 

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my