D-Life

Penat dengan kehidupan milenium? Hiburkan diri dengan cara ini!

Oleh  | 

HIDUP dalam kehidupan moden seperti hari ini ternyata berbeza dengan kehidupan pada 10 atau 20 tahun yang dulu. Kehidupan pada hari ini ternyata lebih banyak pancaroba lebih-lebih lagi kita semua berada dalam zaman berteknologi. Kebanyakan pengaruh buruk dalam hidup kita berpunca daripada media sosial. Walaupun ianya mempunyai kepentingan untuk kita, dalam pada masa yang sama kehidupan milenia sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif.

Jangan stres girls. Bagi meredakan kehidupan yang melelahkan, Dhia ada beberapa cara untuk korang hadapi keadaan ini. Nak tahu? Baca kat bawah ni!

Take a break for a while

Jangan paksa diri bila korang tak mampu nak handle tekanan kehidupan yang korang hadapi. Sekali sekala korang perlu take a break for a while gitu. Tinggalkan sebentar komitmen-komitmen harian dan lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menenangkan diri kita. Lain orang lain caranya. Kalau ikut cara sis, nak tenangkan diri dan rehatkan minda sis akan mencari kedai buku terpakai yang menarik dan beli buku.

Bercuti

Ketahuilah bahawa alam semula jadi memang diciptakan untuk kita nikmati dan kagumi. Nikmatilah keindahan alam setiap kali korang rasa penat dengan kehidupan harian korang. Menikmati bunyi kicauan burung dan unggas di hutan sebenarnya boleh membantu menghilangkan tekanan. Kalau korang tak ada idea tempat menarik yang boleh korang nikmati semua ini, Dhia suggest korang pergi ke Sekeping Serendah di Rawang. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni sila guna encik google!

Kesedaran tentang pentingnya hubungan sosial di alam nyata

Kita boleh mempunyai kawan yang ramai di media sosial tetapi sebenarnya kawan di alam yang nyata merupakan kawan yang sebenar. Lebih baik mempunyai kawan yang ramai di alam yang sebenar. Kurangkan menghabiskan waktu pada gajet. Jika setiap waktu korang menghabiskan masa melihat dan membandingkan kehidupan korang dengan kehidupan orang lain di alam maya, ini akan menjadi salah satu punca korang tidak bersyukur dengan apa yang korang miliki saat ini. Spend time dengan real friend merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi keadaan ini.

Generasi hari ini lebih mudah menerima pengaruh negatif dalam hidup mereka berbanding generasi terdahulu. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kita perlu ada kesedaran sendiri untuk kekal waras menghadapi kehidupan yang mencabar ni. Bila dah mula rasa tertekan, segeralah melakukan sesuatu ye. Hidup ini sangat indah untuk kita nikmati. Tak perlulah kita buat susah. Gitchew!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my