SuperDeals

Penat dengan manusia? ‘Check out’ 7 benda menarik nak buat waktu ‘me-time’

Oleh  | 

PERNAH tak korang mengalami satu keadaan di mana hati korang rasa penat sangat nak hadap perangai manusia yang bermacam-macam ragam? Siaapa yang kerja customer services selalunya berhadapan dengan situasi macam ni. Hari-hari mesti jiwa kena kental untuk hadap pelbagai kerenah pelanggan.

Bagi mengelakkan diri korang terus lesu dan tak bersemangat nak menjalani kehidupan seharian. Apa kata korang curi masa untuk mencintai diri sendiri. Buatlah apa-apa yang dapat membuatkan korang rasa dihargai. Jangan harapkan kekasih korang untuk buat korang dihargai. Kita sendiri kena belajar untuk menyayangi diri sendiri.

Apa kata korang ambil sehari day off. Tak ada banyak duit nak pergi melancong? Hey, banyak lagi benda yang boleh kita buat waktu me-time selain melancong dan tak menggunakan bajet yang banyak. Let’s check it out!

Unplug

via GIPHY

Untuk sehari ini apa kata korang tinggakan sekejap barang elektronik korang termasuklah telefon, emel, media sosial dan apa sahaja benda yang melibatkan gajet. Beralihlah kepada perkara yang tidak melibatkan dunia maya. Pergilah berjalan ke taman dan berhentilah minum di mana-mana kedai kopi. Telitilah apa yang korang lihat di depan mata.

Buat sesuatu

via GIPHY

Cipta dan buat sesuatu hanya untuk suka-suka. Tak payah serius sangat. Mungkin korang boleh melukis, mewarna atau buat pastry dekat dapur. Kalau alang-alang tu dah sedap, boleh share dengan jiran sebelah rumah kan?

Pergi makan dekat tempat yang sedap

Kalau sebelum ini korang ada teringin nak makan dekat mana-mana restoran idaman korang tapi tak berkesempatan, inilah masa yang sesuai! Hilangkan diri korang sekejap ke restoran berkenaan dan belanja diri sendiri makanan yang sedap-sedap dekat sana.

Jumpa kawan lama

Mendewasa membuatkan circle friends kita semakin kecil. Inilah masanya korang pergi berjumpa kawan-kawan korang dan bertukar cerita. Bila dah jumpa kawan lama, confirm korang akan throwback baik punya. Mulalah keluar cerita-cerita zaman crush korang budak kelas sebelah.

BACA: Kawan memang ramai, tapi kenapa aku sunyi?

Apa hobi korang?

Ini masa yang sesuai korang nak figure out apakah hobi korang. Mana tahu rupa-rupanya korang ada bakat dalam fotografi lepas jalan-jalan dekat taman. Mungkin korang rupanya ada tangan ‘magis’ yang boleh buat semua tanaman subur. Inilah masanya nak buat taman kecil dekat rumah kan?

via GIPHY

Pergi kelas

Orait ini pun menarik juga tau. Mungkin korang nak tambah senarai dalam bucket list korang. Jadi, apa kata korang tambah kemahiran dekat dalam diri sendiri. Tak kisahlah korang nak pergi kelas memasak, bermain piano, atau kelas menjahit sekalipun. Korang akan rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tambah value dalam diri sendiri. Tepuk sikit!

Upgrade cara mandi

Kalau sebelum ini korang mungkin mandi sekadar nak bagi bagi diri fresh dan wangi. Kali ini apa kata korang upgrade sikit dengan pakai produk yang ala-ala dekat spa. Scrub satu badan sambil nyalakan lilin aroma terapi. Nak lagi best, korang pasang lagu-lagu mendayu sambil mandi. Pasang sahaja speaker.

Pakai mask

Ini option mudah selain pergi spa. Pakai je mask dekat bilik. Ala, mask korang boleh buat sendiri tau. Korang pun boleh juga buat option lain iaitu beli aloe vera gel dekat kedai lepas tu bubuh dalam peti ais. Benda ni best kalau nak apply dekat muka waktu tengah sejuk tau. Alang-alang tu buka air purifier. Kalau dah tahun 2019 korang still tak ada air purifier, boleh beli je deat superdeals sebab murah kaw-kaw!

Bukan selalu pun kita ada masa nak buat benda-benda macam ni. Jadi, kalau ada peluang memang korang kena manfaatkan sebaiknya. Kadang hidup ini terlalu laju. Ada banyak perkara yang kita kejarkan sampai terlupa tentang diri sendiri. Carilah ruang untuk membahagiakan diri kita walaupun dalam tempoh yang sekejap. Alright?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my