DhiaLova

Penat jadi ‘single’? Jom buat benda ni!

Oleh  | 

KADANG-KADANG menjadi single ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi kawan seusia kita kebanyakannya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai pasangan. Ini belum kira lagi bila balik kampung. Mesti soalan ‘bila nak kahwin’ akan diajukan kepada kita. Adoi!

Mungkin pada awalnya kita boleh chill bila berhadapan dengan situasi ni. Tapi lama-kelamaan boleh jadi stress juga kan? So bertenang sahaja girls. Kali ni meh Dhia tolong korang isi masa lapang korang supaya  tak overthink pasal status korang. Ready?

Minta diperkenalkan dengan lelaki yang baik

Bila ibu bapa korang sudah terlalu mendesak  supaya berkahwin, perkara pertama yang harus korang lakukan adalah buka hati korang untuk terima lelaki dahulu. Keinginan untuk berpasangan perlulah datang ikhlas daripada hati tanpa perlu dipaksa. Jika tidak, memang sia-sia korang berkenalan dengan orang baru tetapi tidak mempunyai hati kepada mereka. Pujuk diri pelan-pelan ye.

Bergaul dan jumpa dengan orang baru

Sudah-sudahlah menyendu. Sudah tiba masanya korang keluar daripada kesedihan dan belajar untuk mengenali orang baru. Tapi ini tidak bermakna korang boleh berkawan dengan semua orang tanpa perlu ditapis. Pilihlah kawan dalam circle yang baik. Berkenalan dengan orang yang mempunyai hobi atau minat yang sama dengan kita. Mana tahu dalam pada masa yang sama korang boleh dapat peluang lain yang lebih baik untuk hidup korang.

Kejar impian

Jangan terlalu fikir untuk mencari jodoh dan ingin cepat berkahwin. Fokus perkara yang lebih penting contohnya seperti mengejar impian-impian yang sudah lama kita angankan. Korang perlu tanam dalam diri korang bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada orang lain. Bahagiakan diri sendiri dahulu sebelum bahagiakan orang lain okay?

Ubah sikap

Kadang-kadang kita perlu berfikir sebentar tentang apa yang berlaku kepada diri kita. Mungkin kerana sikap korang yang tidak ramah dan kurang berfikiran positif, mudah marah, sensitif dan suka mengeluh menjadi punca kenapa korang tidak merasa bahagia. Jadilah seorang wanita yang positif jika inginkan seorang pasangan yang juga positif.

Maybe menunggu boleh buat korang jadi gelisah bila memikirkan status korang yang masih single. Apa kata kita muhasabah diri dan lihat semula diri kita supaya dapat baiki kekurangan yang ada. Selebihnya kita boleh berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang kita inginkan. Jangan sendu-sendu lagi ye.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my