Kolaborasi

Pencinta coklat dan kopi, ini resepi Brownies Kopi OLDTOWN White Coffee Extra Rich wajib cuba!

Oleh  | 

Tahukah korang dari mana asalnya dessert brownies? Ha, kalau nak tahu brownies yang pertama dihasilkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Selepas itu brownies menjadi popular di negara Kanada pada abad ke-20.

Tapi sekarang, brownies boleh didapati dalam pelbagai variasi mengikut kreativiti korang tau. Sebut sahaja brownies pasti sudah terbayang dalam kepala kek fudge atau berkerak yang kaya dengan rasa coklat dengan pelbagai jenis topping di atasnya kan?

Kali ini apa kata kita cuba mempelbagaikan variasi resepi brownies dengan perisa kopi untuk mencipta rasa brownies yang lebih lazat. Mesti ramai yang belum pernah cuba lagi brownies kopi ni kan? Jadi kali ini Dhia ingin berkongsi resepi ini dengan cara penyediaan yang cukup mudah.

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan :

  • 80 gram serbuk koko
  • 3 paket OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Extra Rich
  • 230ml air panas
  • 170 gram mentega
  • 338 gram gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 125 gram tepung gandum
  • 150 gram kacang kisar

Cara-caranya adalah pula begini :

1. Masukkan 3 paket OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Extra Rich ke dalam air panas.

2. Sementara itu, masukkan mentega ke dalam mangkuk berasingan.

3. Masukkan serbuk koko ke dalam mangkuk bersama mentega tadi.

4. Masukkan pula OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Extra Rich yang telah dilarutkan ke dalam mangkuk.

5. Panaskan ke dalam microwave selama 30 saat.

6. Keluarkan dan kacau hingga sebati.

7. Pukul 3 biji telur dengan perlahan.

8. Masukkan gula dan tepung gandum.

9. Masukkan telur yang dipukul tadi.

10. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.

11. Kemudian, masukkan kacang kisar.

12. Sapukan mentega ke dalam bekas kaca.

13. Tuangkan semua adunan tersebut ke dalam bekas kaca.

14. Masuk ke dalam ketuhar selama 35 minit.

15. Keluarkan dan potong brownies yang telah dibakar.

16. Taburkan gula aising di atas brownies dan siap untuk dihidang.

Ha! Mudah je kan? Boleh lah korang buatkan untuk yang tersayang. Mesti cair punyalah dengan masakan korang. So kalau nak try buat better korang beli produk OLDTOWN White Coffee sekarang sebab sekarang diorang ada peraduan “Raya Beraroma, Ria Berganda” tau.

5 orang pemenang bakal bawa pulang lukisan kopi potret korang sekeluarga secara eksklusif dan 100 penyertaan pertama boleh dapat voucher F&B OLDTOWN White Coffee bernilai RM100. Wow! Bolehlah korang #RayaBeraromaRiaBerganda bersama OLDTOWN White Coffee. Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook OLDTOWN White Coffee Malaysia sekarang juga.

So, lepas dah try resepi ni, jangan lupa tag @theDhiamy dan @oldtownwhitecoffee dekat Instagram tau. Kitorang pun nak tengok juga hasil air tangan korang tu. Selamat berbuka puasa!

Jom try resepi lain beraroma coffee seperti Puding Roti ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my