Serious?!

“Pendakwah badut? Saya cuma seorang parody maker sahaja”- Awie Mbr

Oleh  | 

TAK ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja pemilik nama Awie Mbr menjadi tular selepas digelar ‘pendakwah badut’ oleh Caprice. Siapa sebenarnya Awie Mbr ni? Apa yang jejaka ini lakukan sehingga namanya menjadi sebutan netizen?

Awie ataupun nama penuhnya Mohamad Badrul Ridzuan sememangnya terkenal di Instagram dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang parody maker. Memiliki pengikut melebihi 100k di Instagram, ini merupakan saluran terbaik untuk dirinya berkongsi sesuatu perkara yang bermaanfaat dalam bentuk parody. 

Menurut Awie, dia tidak sesekali menganggap dirinya sebagai seorang pendakwah. Mungkin ada beberapa video yang telah di parody oleh Awie menyentuh tentang isu-isu agama sehingga boleh menimbulkan kemarahan netizen.

Bagi Awie, ini merupakan salah satu cara menggunakan Instagram dengan cara yang betul. Daripada menghasilkan video kosong yang hanya menjadi bahan lawak orang ramai sahaja, apa salahnya selitkan juga isu-isu semasa yang boleh dijadikan pengajaran.

Ditanya mengenai penerimaan orang ramai terhadap video-videonya, Awie sama sekali tidak mengambil peduli cemuhan orang kerana dia beranggapan apa yang disampaikan hanya perkara-perkara semasa yang berlaku di sekeliling kita.

 

View this post on Instagram

 

#Repost @awiembr69 (@get_repost) ・・・ MAK AYAH DILUAR SANA MAIN PERANAN.KESIAN KAN LAH KAMI NAK TIDUR MALAM BUNYI CICAK . KOMEN YANG MURNI GENG

A post shared by TEGURINGS PARODY MAKER 🎥 (@awiembr97) on

Walaupun sering dicaci kerana dilabel suka mengaibkan orang, Awie dengan tegasnya menafikan hal ini dan berpendapat apa yang dia kongsikan di Instagram hanya sebuah teguran untuk memastikan mereka yang gemar melakukan perkara negatif dan pamerkan di media sosial tidak menjadi ikutan orang lain.

Social media influencer yang berumur 24 tahun ini juga merasakan bahawa Instagram merupakan medium yang terbaik untuk menyebarkan perkara-perkara yang baik dan positif. Namun caranya menyebarkan kebaikan sering disalah anggap sehingga digelar ‘pendakwah badut’ oleh selebriti pendakwah, Caprice.

Namun kes Awie Mbr dan Caprice  dianggap selesai apabila Awie Mbr hadir ke office Caprice dan berbincang secara damai. Alah, netizen kena lah chill sikit. Semua korang nak bitter tak boleh juga tau.

Ha, inilah penjelasan Awie Mbr berkenaan dengan video-video yang dimuat naiknya di Instagram. Niat Awie hanya untuk menyampaikan mesej yang baik kepada semua orang. Sekurang-kurangnya ada juga perkara baik yang kita lihat di media sosial selain daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat kan? Mungkin cara pendekatan Awie dengan membuat video parody kelihatan seperti tidak kena di mata sesetengah pihak.

Takpe, yang penting niat kita baik kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my