Serious?!

Pengakhiran usia bumi? Air laut makin meningkat petanda apa?

Oleh  | 

KITA patut bersyukur kerana negara Malaysia kita yang tercinta ini terletak di luar lingkaran api pasifik yang menyelamatkan kita daripada ditimpa bencana yang hebat seperti negara yang lain.

Namun, kegagalan kita menjaga alam telah seolah-olah mengundang bencana yang tidak diingini datang. Mari kita bersembang tentang paras air laut yang semakin naik dari tahun ke tahun. Yes you read it right, girls! Setiap tahun meningkat.

Meningkat sejak 1900

Menurut NASA Goddard Space Flight Center, sebenarnya paras air meningkat 3.3 milimeter setiap tahun. Jika pemanasan global semakin dasyat, maka gletser mencair sehingga memberi risiko untuk permukaan air laut meningkat sebanyak 18 inci.

FOTO: media.beritagar

Apa lagi yang buat paras air laut naik?

Apabila dunia makin panas, makan banyaklah gletser dekat gunung yang akan mencair. Kalaulah panas ini makin lama makin teruk, silap haribulan lapisan ais yang ada dekat Greenland dan Antartika pun akan cair dan habislah kita semua!

Apa yang jadi?

FOTO: IDN Times

Lepas itu dunia akan dilanda banjir. Kita dah tak ada lagi tanah nak tanam makanan keperluan asas. Hilang habitat untuk burung dan ikan juga.

Ia boleh juga menyebabkan gelombang badai yang sangat kuat. Bukan itu sahaja, infrastruktur komunikasi pun boleh terganggu jadi tak dapatlah guna internet.

Apa nak buat selamatkan bumi?

Jadi, apa yang kita semua boleh buat untuk selamatkan bumi ialah silalah berjimat guna elektrik. Tanam banyak pokok-pokok dan kurangkan kenderaan bermotor.

Mulakan dengan benda kecil dahulu. Setidaknya kita semua pernah melakukan sesuatu untuk menyelamatkan bumi demi generasi akan datang.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my