Serious?!

Pengakuan sayu di IG, Faizal Tahir beri ‘hint’ nak berhenti nyanyi?

Oleh  | 

DARI mata seorang komposer dan penyanyi, muzik tidak hanya sekadar bahan untuk enjoy di atas pentas. Tetapi, setiap melodi adalah sentuhan peribadi yang memerlukan kejujuran dalam perasaan agar ia benar-benar sampai jika dipersembahkan kepada khalayak.

Itulah yang membuatkan penyanyi dan komposer Faizal Tahir menjadi kesayangan ramai apabila lagu-lagu yang dihasilkan tidak hanya terikat kepada satu genre sahaja.

Maka, tidak hairanlah jika karyanya selalu ‘kena’ memandangkan mesej yang dibawa dalam setiap lagu seolah-olah ‘memeluk’ pendengar dalam setiap keadaan sama ada ketika bercinta, patah hati, rindu, motivasi mahupun ketika memperjuangkan kemanusiaan.

Buktinya setelah lagu Ragaman yang berentak Reggae dan Pop Yeh Yeh menembusi corong radio, Faizal telah membuka tahun 2019 dengan naskah terbaharunya iaitu lagu Bisa Aja dengan elemen Country Pop dan Rock.

 

View this post on Instagram

 

Happening wei malam ni bersama bapak Ragaman @faizal_tahir dekat Hot FM Big Jam #BigJam2019 #MITATourismcarnival2019 #Malaysiariders2019

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Namun, luahan Faizal Tahir menerusi IG story benar-benar menimbulkan persoalan. Adakah ia ‘hint’ yang diberikan untuk mengundur diri dalam bidang nyanyian?

“Setelah beberapa tahun ini, saya benar-benar penat untuk bernyanyi dan melakukan persembahan. Saya makin kurang tenaga.

Saya tak pasti berapa lama lagi saya akan teruskan semua ini. Namun, tiada apa yang kekal.

Saya rasa macam dah hampir ke penghujung jalan. Tiada apa lagi untuk saya buktikan.

Terima kasih atas sokongan kamu semua,”

Ini bukan kali pertama penyanyi lagu Mahakarya Cinta itu terfikir untuk meninggalkan bidang nyanyian. Faizal pernah menyatakan hal serupa pada tahun 2017.

Apapun, masih tiada kata putus yang diberikan artis itu setakat ini.

Team Dhia berharap teka-teki ini hanya sekadar khabar angin agar semua pendengar setia Faizal Tahir masih ‘Bisa Aja’ mendengar suaranya.

Sudah tentu arena muzik tanah air akan ternanti-nanti apalagi agaknya warna yang akan dibawakan Faizal dalam lagunya selepas ni. So, don’t give up our Superman!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my