D-Life
Pengarah urusan buka mulut dedah teknik durjana scammers di Shopee, jangan terjebak!
SEKARANG ni kita semua dah tak payah nak berjalan ronda satu mall setiap kali nak beli barang. Teknologi dah semakin maju, kita pun boleh beli barang hanya dengan scroll website di telefon bimbit lepas tu, tada! Dah ada depan rumah kita.
Namun begitu, terdapat juga golongan kaki tipu peniaga online yang buat kerja kotor dekat platform e-commerce. Ramai yang menjadi mangsa scammers ini sehingga menelan kerugian beribu ringgit! Tak patut!
Baru-baru ini sis sempat bertemu dengan pengarah urusan serantau platform pembelian atas talian Shopee iaitu Ian Ho untuk berbual dengan lebih mendalam tentang teknik dan tricks scammers ni.
Kalau korang pernah membeli barang di Shopee, korang mesti familiar dengan sistem Shopee Guarantee. Menerusi sistem ini, jika korang membeli barang menerusi platform Shopee, pihak mereka akan menyimpan terlebih dahulu duit korang.
Jika korang telah mengesahkan bahawa korang telah menerima barang yang dipesan, barulah pihak Shopee akan memberikan wang tersebut kepada penjual. Jika barang yang korang pesan tak sampai-sampai. Pihak mereka akan mengembalikan semula wang korang tu.
Transaksi di luar platform
Jadi, disinilah bermula teknik scammers apabila mereka akan sedaya upaya meyakinkan korang untuk melalukan transaksi urusniaga di luar platform Shopee. Selalu akan ada scammers yang menyamar dengan meyakinkan pembeli untuk beli barang mereka yang berkualiti tinggi. Mereka akan gunakan tipu daya seperti bank in secara online.
Harga kilang
Scammers selalunya mempunyai pattern penipuan yang sama iaitu menawarkan sesuatu pada harga yang to good to be true. Jika I phone yang sepatutnya dijual pada harga RM3000 tapi dijual pada harga RM1,000. Alasan mereka boleh menawarkan harga sedemikian selalunya ‘harga kilang’, ‘tiada cukai’, ‘tiada cas tersembunyi’. Jadi, kalau harga sesuatu barang itu tidak relevan, janganlah beli sis!
BACA: Jangan kena tipu! Jom geledah teknik scammers ini
Apa jadi kalau ada scammers di Shopee?
Jika ada akaun yang disyaki menipu. Pihak Shopee akan membatalkan akaun dan nombor telefon mereka. Padan muka. Jadi, kalau korang jumpa akaun yang mencurigakan, jangan lupa buat aduan dekat pihak Shopee.
Macam mana nak tahu akaun itu scammers atau tak?
Kalau korang ragu dan tertanya-tanya siapakah penjual yang boleh dipercayai di Shopee. Korang boleh tengok tanda ni. Pembeli yang mendapat status seperti preferred saller atau Pilihan adalah mereka yang ditelah menerima pengiktirafan pihak Shopee.
BACA: Penangan bini kaki shopping suami prank kek parcel

Bukan senang nak dapat status ini tau. Penjual mestilah mendapatkan 4.5 bintang daripada pembeli dan tiada aduan yang meragukan tentang mereka pernah dilaporkan Jika mereka melalukan kesalahan, mereka akan dikenakan penalti dan status itu akan ditarik balik.
Jadi, jangan biarkan korang dan kawan-kawan korang terjebak dalam penipuan para scammers ni. Kongsikan artikel ini kepada sesiapa sahaja. Terutama kawan-kawan korang yang hantu shopping atas talian.




Danglimah
6 August 2019 at 4:00 pm
Dear shopee, selain credit /debit card malaysia.. Please make it for international jjgak. Kkami dari brunei susah nak beli from shopee.