DhiaLova

Pening fikir kenapa tak happy dalam hubungan. Ini rupa penderaan emosi

Oleh  | 

SEDIH, SEDIH DAN SEDIH! itulah rupa dunia si mangsa penderaaan emosi. Namun disebabkan oleh perasaan kasih sayangnya terhadap pasangan, membuatkan si mangsa lemah dari segi emosi dan tidak mampu untuk bangkit menegakkan keadilan.

Bukan itu sahaja, ada pula jenis mangsa yang tidak sedar akan realiti sebenar dan masih lagi buta serta terpedaya dengan kata-kata manis dan pujukkan si pendera setelah sesi mendera berakhir. Akan tetapi, keadaan tersebut akan berulang sehingga keadaan menjadi teruk.

via GIPHY

Untuk mengenal pasti yang korang ni mangsa penderaan emosi ataupun tidak, korang harus mengetahui apa itu penderaan emosi terlebih dahulu. Mengikut sumber, penderaan emosi adalah perbuatan cuba mengawal, membuli, mengeluarkan kata-kata menghina serta memalukan individu.

Bukan itu sahaja, pendera juga turut mengugut, menuduh yang bukan-bukan dan cuba menakut-nakutkan mangsa agar pendera dapat mengawal segala tindak-tanduk mangsa. Penderaan emosi boleh berlaku bukan hanya dalam hubungan. Malah, melalui rakan-rakan atau pun daripada tempat kerja.

Kenalpasti tanda-tanda penderaan emosi yang dialami jika korang tidak pasti bagaimanakah rupanya penderaan emosi terhadap seseorang atau bagaimanakah perasaannya. Seringkali pelaku akan menggunakan kata-kata kesat dan negatif untuk memanggil korang. Seperti contoh. ‘si tak guna’, ‘si lembik’, atau ‘si penakut’.

via GIPHY

Tambahan lagi, korang sering dituduh melakukan perkara yang bukan-bukan atau melakukan perkara negatif walhal, korang bukan pelakunya. Mungkin si pelaku sengaja menuduh dengan mencari pasal supaya dijadikan alasan untuk mendera korang.

Yang paling jelas, pelaku sering meninggikan suara dengan menjerit serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa. Langsung tidak menghormati mangsa! Di samping itu, pelaku juga turut memalukan korang dengan membuka rahsia yang memalukan atau menceritakan sesuatu yang tidak sepatutnya di hadapan orang ramai.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, pendera emosi ini suka untuk mengawal korang sehinggakan korang tidak mempunyai waktu untuk bersendirian langsung dan sentiasa merasa takut akan kehadirannya. Tak cukup dengan itu, mengejek pula rupa paras korang.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my