SuperDeals

Penting! Perkara yang korang kena tahu kalau nak ke luar negara

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy semua! Okay harini sis nak kongsikan dekat korang semua tips-tips travelling. Dont worry, sis tahu antara korang mesti banyak dah baca pasal ni. So, kali ni sis nak share tips travelling to oversea! Yes girls, nak travel ke oversea, korang kena tahu langkah-langkah ni atas sebab keselamatan untuk diri sendiri jugak okay? So jom baca tips-tips yang berguna tu.

 

Get Your Passport Ready! 

Okay so in terms of dokumen tentang pengenalan diri ni is super important. So pastikan korang double-check your passport dan pastikan ia berada dalam keadaan aktif dalam pada masa yang cukup. Why? Sebab sis tak nak korang tersangkut dekat airport tak boleh balik ke apa kalau passport expired! Ha penting tau. Dan pastikan korang ada digital copy of korang punya passport untuk back-up kalau jadi apa-apa. Contoh macam tiba-tiba hilang ke apa at least korang ada digital punya copy sebagai bukti perjalanan korang. Better safe than sorry!

Tanya diri dengan soalan-soalan berikut!

Korang kena fikir perkara-perkara ni semua dan kenapa perlu tanya diri sendiri? Sebab soalan-soalan ni akan membuatkan korang jadi lebih ready! Korang nak pergi tempat yang  jauh dan 100% berbeza budaya, bahasa dan macam-macam lagi. So, korang kena prepare bukan setakat packing je tau. Nah, buat ni checklist masing-masing.

Boleh berbahasa asing? 

Sis faham kadang-kadang negara yang korang nak pergi tu ada yang tak reti berbahasa seperti mereka. Kalau tak reti apa yang perlu korang buat? Pastikan korang download apps yang boleh membantu untuk korang communicate di sana sebab ada juga negara yang ramai netizennya tak pandai berbahasa inggeris!

Apa comfort zone korang?

Untuk memastikan korang tidak melalui pengalaman yang pahit atau yang boleh menyebabkan korang panic, pastikan tempat-tempat yang korang visit tu completely safe and peaceful. Pentingkan keselesaan dan keselamatan korang dulu.

3. Sesuai tak pakaian yang korang bawa tu ?

This one adalah untuk memastikan korang membawa pakaian yang sesuai mengikut cuaca di destinasi yang ditujui. Ini disebabkan cuaca di kebanyakan negara adalah berbeza berbanding Malaysia. Oleh itu, always pastikan korang bawa pakaian yang selesa, kasut yang sesuai untuk berjalan. Baru boleh enjoy!

Apa safety tips yang korang dah baca ? 

Okay for this one, adalah yang paling penting. Sebab apa? Sebab korang tak boleh nak expect apa nak jadi dan oleh sebab itu korang kena sentiasa bersedia. Pastikan korang study dulu safety tips yang ada. Sebagai contoh, korang boleh gunakan fanny-pack beg, money-belts atau anti-theft wallet. 

Sis faham, ada yang antara korang ni suka tangkap gambarkan? Tak kisahlah gambar family ke gambar kawan-kawan ke atau gambar lain. Dan ada juga yang sampai siap ada sendiri punya social media page. So sis nak share satu alternative yang lebih creative untuk korang gunakan. Korang boleh try collect semua gambar-gambar korang tu dengan menggunakan photobook! 

Guys! Ada banyak jenis photobook yang ada untuk korang prefer. Kalau yang suka bertema tu, korang boleh design ikut macam yang korang idamkan. Korang boleh check dekat SINI untuk collective photobook tu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my