Serious?!

Penyebaran COVID-19 kini berakhir di China

Oleh  | 

WAKTU puncak penyebaran wabak coronavirus atau COVID-19 kini sudah berakhir. Perkara ini diumumkan oleh China setelah beberapa jam selepas World Health Organization mengumumkan ia sebagai satu pandemik.

Negara China mengumumkan waktu puncak telah berakhir dan menurut seorang pakar respiratori yang terkenal di negara tersebut, penyakit berkenaan boleh dikawal sepenuhnya apabila tiba bulan Jun nanti.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai perkara tersebut, semua negara wajib mengambil pendekatan dan memainkan peranan masing-masing.

via GIPHY

Menurut sumber jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Mi Feng berkata kes tersebut didapati berkurangan dan penularan secara keseluhuran juga berada si paras yang rendah.

Menurut beliau lagi, jumlah kes positif Covid-19 telah menurun kepada satu angka dan hanya lapan kes baharu dilaporkan dan manakala tujuh kes dicatatkan di luar Huberi dan enam daripadanya dibawa dari luar negara.

via GIPHY

Covid-19 disahkan wujud pada akhir Disember tahun lepas dan merebak dengan pantas sehingga mencecah 15,000 kes dalam masa satu hari.

Perintah berkurung juga dilaksanankan ke atas beberapa bandar utama di negara tersebut dan khasnya wilayah Hubei.

Selain dari itu, banyak perintah darurat mula ditarik semula setelah keadaan kembali reda dan perniagaan juga telah pun mula seperti biasa.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my