Dhia Glam

Pereka buka mulut kostum ‘super yummy’ Miss Universe sebenarnya dari…

Oleh  | 

KALAU korang memang mengikuti pertandingan ratu cantik berprestij seperti Miss Universe, korang akan tahu betapa berdebar dan terujanya untuk tengok setiap wakil dari Miss Universe mempersembahkan National Costume masing-masing.

Peserta Miss Universe yang mewakili negara kita pada tahun ini iaitu Shweta bakal menggayakan kostum yang bertemakan A Peranakan Indulgence yang sudah semestinya terinspirasi daripada Baba dan Nyonya. Tapi kalau korang tengok sekali pandang je, korang akan nampak variasi kuih muih Malaysia dibawa bersama. Argh, nampak sedap kan?

Busana yang bakal diterbangkan ke Atlanta, Amerika Syarikat itu adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan iaitu Carven Ong. Bukan calang-calang tau sebab team mereka siap buat kajian untuk pastikan tema peranakan ini menjadi.

Jom kita tengok sikit apakah ciri-ciri Malaysia dan fakta mengenai  kostum ini!

Kostum ini menggunakan kain sarung dan songket. Bukan itu sahaja, ia turut dihiasi dengan aksesori terang yang melambangkan keraikan. 

Kostum yang disarung ke tubuh Miss Universe ini juga seberat 28 kilogram dan hanya disiapkan dalam tempoh tiga bulan sahaja. 

Mari kita beralih kepada gaun petang pula. Ha, kali ini wakil negara kita akan pakai gaun yang dinamakan Ocean Diva. Gaun ini katanya terinspirasi dengan keindahan pantai dekat Malaysia.

Biasanya sebelum ini gaun yang dipakai mesti banyak manik atau sulaman. Ha, kali ini Carven Ong bawa kelainan sebab gabungkan sentuhan 3D dan alam semulajadi.

Ha, apa pula pendapat korang tentang kostum kita untuk kali ini? Team Dhia nak ucapkan semoga berjaya untuk wakil Miss Universe kita yang akan terbang negara Sam bulan depan. All the best!

Sumber: Business Insider

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my