Serious?!

Pereka dedah Elfira pakai material gaun eksklusif hanya ada satu dalam dunia!

Oleh  | 

MAJLIS resepsi perkahwinan Elfira Loy dan suaminya Faris Khairol Anuar yang berlangsung 5 Januari lalu masih lagi diperkatakan sehingga kini. Walaupun tidak mempunyai pelamin, majlis malam itu tetap meriah dan apa yang paling mencuri tumpuan tentunya busana ala-ala puteri raja yang dikenakan Elfira.

Kecantikkan gaun pemilik restoran  Love Me Sevendays Café itu masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Gaun rekaan khas oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini semestinya nampak lebih indah digayakan Elfira dengan limpahan cahaya putih diiringi lagu instrumental membangkitkan suasana romantis sepanjang majlis.

BACA: Siapa sangka! angan-angan Faris nikahi Elfira 5 tahun dulu jadi nyata

Bagi bercakap lebih lanjut mengenai gaun tersebut, team Dhia sempat menerjah tuan perekanya sendiri iaitu Rizman di sebuah majlis baru-baru ini.

Tidak dapat dinafikan Elfira adalah antara selebriti yang sudah lama bekerjasama dengan jenama Rizman Ruzaini dan memiliki hubungan akrab dengannya sejak dahulu lagi. Bagi Rizman sendiri, mereka busana perkahwinan Elfira adalah detik yang dinantikan maka sebab itulah dia bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam rekaan gaun perkahwinan pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu.

Janji buat sehabis baik

Rizman mengakui proses mereka baju untuk Elfira berjalan dengan mudah dan lancar.

 

View this post on Instagram

 

Elfira Loy wearing #bridesbyRR by #rizmanruzaini @elfiraloy

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

“Elfira datang dan kami present apa yang kita nak buat. Kita hanya berbincang tentang warna selebihnya dia serahkan kepada saya dan hanya kata ‘surprise me’.

“Sudah tentu, apabila sudah diberi kepercayaan seperti itu kita memang buat sehabis baik. Dari pemilihan material, sampailah ke finish product, every single detail kita buat sehabis baik sebab kita tahu ia akan mejadi tontonan seluruh rakyat Malaysia dan Alhamdulillah ia diterima baik” katanya.

Material satu dalam dunia

Ujarnya, material yang digunakan untuk membuat gaun resepsi Elfira juga dipilih dengan sangat berhati-hati. Istimewa untuk rekaan kali ini, Rizman mendedahkan lace yang digunakan untuk menyiapkan busana tersebut hanya ada satu di dalam dunia. Ia memang dibeli dan khas digunakan untuk busana Elfira.

“Istimewanya busana majlis resepsi beliau, kita nak nampak benda tu cinderella dan timeless, lace yang saya pakai untuk baju beliau itu hanya satu dalam dunia. Ia memang dihasilkan sepanjang 8 meter dan kita terus beli. Ia memang tiada  di mana-mana.”

BACA:

‘Habib tak taja perkahwinan saya’ – Elfira Loy

Rizman turut berkongsi Elfira adalah selebriti yang tidak pernah meminta tajaan. Dia pasti akan membayar semua baju yang ditempahnya walaupun mereka telah lama bekerjasama.

Ketika ditanya berapakah kos keseluruhan untuk menyiapkan busana resepsi Elfira, Rizman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar namun memberi bayangan ia berharga sekitar puluhan ribu ringgit.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my