Serious?!

Perempuan ini kongsi pengalaman tengok Pocong depan mata

Oleh  | 

 

BUKAN hanya manusia yang menghuni dunia. Ada juga hidupan lain seperti binatang dan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma hanya yang hijabnya terbuka, akan dapat melihat segala hidupan lain yang tidak boleh diduga.

Dalam siri Paranormal di podcast Ais Kacang kali ini, Amir dan Syai mengundang seorang wanita bernama Azimah yang juga merupakan salah seorang dari  team  siri pengembaraan Seekers.

Bercerita mengenai pengalamannya mula terlibat dalam dunia paranormal. Azimah menyertai Seekers kerana dijemput oleh arwah Along. Setelah melepasi sesi casting, Azimah rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan paranormal terkenal Malaysia yang mencari kewujudan makhluk halus serata Malaysia.

Pocong tidak melompat

via GIPHY

Apabila ditanya apakah pengalaman menakutkan sepanjang pengambaran. Azimah tidak dapat melupakan pengalaman  pertamanya bertemu makhluk itu ketika mengunjungi sebuah balai polis lama di Bentong.

 “Kat situ ada Balai Polis yang ditinggalkan. Itu pertama kali jumpa Pocong.

“Pocong bukan melompat tau. Dia bergerak kiri ke kanan lepas tu hilang. Muka pula bernanah dan berlumpur. Itu memang bahagian yang tak boleh lupa.

Menurut Azimah, Pocong akan mengejar kita untuk meminta kita membuka simpulan bunjut di atas kepala agar dia boleh membebaskan dirinya.

Azimah menambah, sebaik sahaja seseorang itu membuka ikatan bunjut Pocong tersebut. Ia akan meminta untuk menjadi hamba kepada orang tersebut.

Berbunyi seperti itik dan kambing

via GIPHY

Dalam sebuah kejadian lain di Yan, Kedah. Azimah pernah merasai kehadiran makhluk itu sekali lagi di sebuah resort. Dia dapat merasakan makhluk itu berada berdekatan kerana ia lazimnya akan mengeluarkan bunyi seperti itik atau kambing.

“Aku akan surrender awal kalau tahu Pocong datang. Sebab aku tahu apa dia nak dari aku.

“Kalau Pontianak, aku tahu dia ikut aku. Tapi tak setakut Pocong. Kalau Pocong, bila aku buka bunjut dia, dia nak jadikan aku tuan dia pula” katanya.

Tidak kurang juga, dia pernah hampir dirasuk dalam sebuah kejadian di Bota Kiri, Perak. Dia seolah-olah melihat ‘sesuatu’ merangkak di dapur sebuah rumah. Ketika itu dia seolah-olah mempunyai dua nafas dan ada ‘seseorang’ sedang bernafas sama di dalam tubuhnya.

Walau bagaimanapun, Azimah berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukannya yang arif mengenai cara mengendalikan makhluk halus ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my