DhiaLova

Perempuan kaki drama? Siapa kata?

Oleh  | 

TANYA saja mana-mana lelaki, mereka memang cakap perempuan ada tabiat asyik merajuk. Oleh sebab merajuk, mereka pun mulalah berdrama yang bukan-bukan ala-ala siri  Samarinda TV3.

Macam-macam keletah kalau nak diceritakan. Ini juga menunjukkan bagaimana sabar dan kreatifnya nak seseorang itu untu memenangi kembali pasangan mereka. Team Dhia ada bertanya kepada beberapa gadis di luar sana apa jenis drama yang mereka selalu mainkan. Jom kita tengok apakah ia.

Gaduh depan tol

via GIPHY

Ada yang jenis suka ‘membahan’ kekasih mereka. Contohnya bila sampai dekat tol, kamu pun jerit

“Awak ceraikan saya!”

Mulalah kekasih kamu merah padam menahan malu dekat kakak yang jaga tol itu

 

Diam seribu bahasa

via GIPHY

Ada juga yang tak boleh tengok perempuan lain bermesra dengan kekasih dia walaupun dekat media sosial. Padahal kekasih kamu tak salah apapun. Mulalah kamu diam seribu bahasa walau pada masa yang sama kekasih kamu tak tahu hujung pangkalnya.

 

Berhenti dekat sini!

Haaa, siapa pernah gaduh dengan kekasih dalam kereta? Lepas tu mula la jerit

“Awak turunkan saya sekarang”

Walaupun awak tahu takkanlah si dia tergamak nak tinggalan awak.

 

Prank dia!

Baik mengaku siapa yang pernah sengaja malukan pasangan dia? Macam bila pergi mall, kamu tiba-tiba jerit

“Kenapa awak kentut ni?”

Haa, dah merah padam wajah kekasih kamu itu

 

 Jawab sepatah

via GIPHY

Okey ini pula kes mereka yang ada hubungan jarak jauh. Bila masing-masing dah setuju nak telefon pada masa-masa tertentu tapi si dia tertidur, mulalah kamu merajuk dan tak balas mesej pun sepatah.

Semua orang ada cara nak ceriakan hubungan masing-masing. Ada yang boleh tahan dengan perangai perempuan suka drama. Namun ada yang tidak. Tapi girls dekat luar sana, janganlah terlalu berdrama sangat sebab kesian si dia nak pujuk. Lelaki pun kena faham, perempuan cuma nak perhatian.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my