Serious?!

Perempuan tubuh berisi, buat lelaki ‘happy’

Oleh  | 

SIAPA kat sini pernah buat diet dan bersenam gila ekstrem demi mendapatkan badan kurus, ramping ala-ala model? Kalau usaha korang tak menjadi dan badan korang tetap juga begitu. Jangan bersedih! Sebab ini ada berita gembira untuk orang berbadan gempal macam kita semua.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Jabatan Psikologi Univesiti Namibia menunjukkan lelaki yang berkahwin atau menjalinkan hubungan dengan perempuan yang bertubuh gempal ternyata sepuluh kali lebih bahagia berbanding menikahi perempuan bertubuh kurus.

via GIPHY

Menurut Dr Fileman Alvarado dan Dr Edgardo Morales ini juga menyatakan lelaki akan lebih banyak tersenyum bersama pasangan mereka yang berisi.

Bukan itu sahaja, jika berada di samping perempuan bertubuh gempal, seorang lelaki juga akan lebih mudah untuk memikirkan jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Menarik, kan?

Hal ini kerana, Indeks Massa Tubuh yang lebih tinggi selalunya memiliki kemampuan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan seorang lelaki.

via GIPHY

Jadi, kepada korang dekat luar sana. Tak payah la nak tertekan sangat memiliki pinggul dan paha yang besar tu. Apa yang penting ialah selalu menjaga kesihatan walaupun badan kita tak la sekeding para model dekat runway itu. Asalkan suami sayang. Gitu!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my