Dhia Glam

Pergh, padu! Sekarang Levis, Google buat jaket pintar boleh ‘call’ orang

Oleh  | 

Televisyen pintar, sudah. Rumah pintar, sudah. Telefon pintar, sudah. Sekarang ni jaket pintar pula? Ni  barulah betul-batul padu!

Ya, korang tak salah baca tau. Syarikat terkenal Amerika Levi Strauss & Co. telah mengumumkan ciptaan baru mereka iaitu produk jaket denim yang pintar. Ia adalah sebuah kolaborasi atara syarikat pakaian terkenal itu dengan Jacquard by Google yang membolehkan akses kepada telefon pintar.

via GIPHY

Apakah ciri pintar yang ada dekat jaket itu? Ha, kalau korang nak tahu jaket itu ada tag bertulis Jacquard by Google dekat lipatan lengan denim itu tau. Ia boleh berfungsi menghantar informasi melalui bluetooth!

Bukan itu sahaja tau geng, jaket ini juga ada menyediakan ciri My day yang menyediakan fungsi waktu, cuaca, kalender, dan keadaan lalu lintas. Ia juga ada menyediakan fungsi Always Together yang akan memberitahu pemakai jika telefon mereka tertinggal.

Korang boleh mengawal muzik, telefon, navigasi, kerana semuanya ada di pergelangan tangan. Pemakai jaket juga boleh berkomunikasi dengan Google Assistant.

via GIPHY

Jaket trucker dan Sherpa Trucker akan dilancarkan pada 3 Oktober 2019 di butik Levi’s terpilih seperti di Australia, Perancis, German, Itali, Jepun, Belanda dan Amerika Syarikat. Korang pun boleh beli melalui online di Levi.com. Harganya jaket Classic Trucker berharga 198 dolar USD manakala jaket Sherpa Trucker berharga 248 USD.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my