Dhiaventure

Pergh, style betul! Ini 5 masjid di dunia yang boleh buat korang terpaku

Oleh  | 

Orait geng, untuk kali ini apa kata kita borak-borak lebih sikit tentang seni bina masjid di zaman kontemporari ini. Kalau selama ini korang ingat pembinaan masjid sama sahaja macam ada kubah besar dan menara. Ha, zaman sekarang seni bina itu telah pun bertukar untuk tampil lebih style!

Ada banyak benda yang perlu diambil perhatian untuk bina masjid ini antaranya ialah dari segi fungsi, cahaya, suhu sampailah kepada lantainya yang boleh hadang daripada bencana macam banjir.

Baru-baru ini Middle East Architect ada senaraikan beberapa masjid yang sangat cantik dan unik. Jom kita tengok!

via GIPHY

Masjid Amir Shakib Arslan

Masjid yang terletak dekat lebanon ini sumpah style gila! Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat seni bina iaitu L.E.FT Architects.

Bangunan ini diperbuat daripada batu sebelum ditambah dengan potongan baja putih berbentuk geometri. Kawasan masjid ini juga dikelilingi pohon teduh dan air pancut. Memang tenang.

FOTO: leftarchitects

Masjid Dandaji

Masjid di Nigeria ini pun boleh tahan unik. Ia dibangunkan untuk menggantikan masjid lamanya yang kini telah diubah sebagai perpustakaan.

Masjid yang dibina oleh syarikat Atelier Masomi telah melakukan renovasi dua bangunan dengan fungsi yang sama namun boleh saling berhubung.

Menariknya tentang masjid ini ialah bangunannya menggunakan batu merah sebagai bahan utama menyebabkan suhu masjid itu sejuk. Saluran dekat masjid ini pun dah diperbaharui sehingga tak ada air akan masuk kalau musim hujan.

FOTO: Atmasomi

The Mosque of Light

Tembok masjid yang ada dekat Dubai ini dipahat dengan berhati-hati dan berseni tau. Jadi, bila matahari naik memang cantik la bila ia terbias. Idea ini dihasilkan oleh syarikat NUDES secara berlapis-lapis. Tengok sekali pun dah tahu rumit betul nak buat!

FOTO: nurukarim

Masjid Al Dana

Sebenarnya banyak kali dah ribut pasir melanda kawasan masjid di Abu Dhabi sehingga syarikat X Architects membangunkan masjid dengan kubah berbentuk lain sikit dari kebiasaan. Ia macam corong yang menghalang ribut pasir daripada masuk ke dalam bangunan. Ia juga berfungsi untuk membenarkan matahari dan angin sejuk masuk waktu siang.

FOTO: x_architects

Masjid Sancaklar

Masjid yang dibangunkan oleh syarikat Emre Arolat Architecture ini terletak di pinggiran Istanbul. Ia didirikan di atas padang rumput dengan tangga batu sepanjang laluan. Sekali pandang macam menampakkan masjid ini berada dalam sebuah gua.

FOTO: Wikimedia Commons

Cantik, kan? Jadi apa lagi. Kalau korang pergi melawat ke nagara ini jangan lupa singgah tau.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my