Serious?!

Pergh! ‘Throwback’ sikit korang ingat lagi tak iklan merdeka ni?

Oleh  | 

SETIAP tahun bila masuknya bulan Ogos, semua akan ternanti-nanti iklan raya manakah yang paling menyentuh hati. Pengarah iklan pendek ini pun berlumba-lumba memaparkan bermacam jenis mesej dan jalan cerita untuk disampaikan kepada penonton. Kalau jalan iklan mereka menarik, apalagi, jadilah fenomena dan diingati sepanjang zaman.

Jom kita throwback sikit antara iklan merdeka yang pernah menjadi fenomena di Malaysia bila tibanya hari kemerdekaan.

 

via GIPHY

Sunat dan dikejar tebuan

Pernah menjadi fenomena suatu masa dulu iklan merdeka yang menceritakan kisah tiga orang sahabat yang dikejar tebuan. Apa yang lucu tentang iklan ini ialah insiden itu telah menyebabkan rombongan meminang untuk perkahwinan pun terjun ke dalam sungai menyelamatkan diri masing-masing. Satu lagi ialah scene sunat di penghujung iklan tu.

Umi Qazrina dan Tan Hong Min

Siapa la yang boleh lupa dengan iklan petronas tentang Umi Qazrina dan juga Tan Hong Min. Iklan arahan Yasmin Ahmad ini pernah mencuri hati rakyat Malaysia tentang bagaimana dua orang murid saling suka walaupun berlainan bangsa. Reaksi mereka sebenarnya dirakamkan secara spontan.

Race? is race car eh?

Seterusnya iklan yang juga dirakamkan oleh Yasmin Ahmad tentang dua orang sahabat berlainan bangsa. Apabila mereka diminta menyatakan bangsa, mereka tidak melihat ia sebagai perbezaan.

Raju dan bubur kacang

Moving on to the next video tentang Raju. Siapa yang boleh lupa perkenalan Raju dengan seorang gadis Melayu bernama Ton. Tapi hubungan mereka tak disukai Ibu kepada Ton. Tapi hubungan mereka terputus apabila Raju harus berpindah. Beberapa tahun selepas itu mereka bertmu kembali.

Cikgu dan kereta baru

Ha, ini cerita tentang Aman dengan cikgu Kamal. Aman adalah pelajar nakal. Tapi cikgunya tidak pernah mengalah. Beberapa tahun selepas itu Aman kembali dan memberikan Cikgunya kereta baru.

Ha, jadi inilah antara video iklan hari merdeka yang menjadi kesukaan sis. Korang rasa mana satu favorite korang?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my