D-Life

Perhatian! Benda ini boleh buat lelaki hilang ghairah atas ranjang!

Oleh  | 

HUBUNGAN intim bagi pasangan yang baru berkahwin ni bukannya macam dekat dalam novel, filem yang selalunya romantik. Kena tahu juga apa yang pasangan suka atau tidak supaya kedua-duanya selesa ketika bersama. Sebenarnya ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan kecil tapi boleh menyebabkan pasangan korang ‘turn off’ untuk beraksi di atas ranjang.

Bebulu

Bukan nak cakap apa, memang ada jenis perempuan yang malas betul nak menguruskan diri. Dibiarkan bulu mereka tumbuh di bahagian tersorok macam ketiak dan terutama sekali di bahagian celah kangkang tu. Sis, bila laki kita tengok ‘hutan’ melebat dekat bahagian tersebut, teruslah dia besarkan biji mata sebab jijik. Jadi, korang tau la apa yang patut korang buat, kan? Takkan itupun sis nak ajar.

via GIPHY

Jangan ikut mood korang je

Hubungan intim ni melibatkan dua belah pihak tau. Apapun yang terjadi, kena ada toleransi antara kedua belah pihak. Jangan biarkan satu pihak sahaja yang beriya-iya. Korang kena tengok mood pasangan korang tu dan jangan memaksa. Jangan jadi selfish sangat ya nanti dia sumpah tak ada keinginan bersama.

via GIPHY

Cakap pasal bekas kekasih

Hey! kalau dah tahu nak bersama suami, kenapa pula kena sebut nama bekas kekasih korang depan muka dia? Ini adalah topik yang patut dielakkan sama sekali ya. Benda dah berlalu sila lupakan. Nak bawa ke masa sekarang ni memang tak kena langsung. Jadi silalah minta maaf sebelum bergaduh jadi lebih besar.

via GIPHY

Badan berbau

Sebelum nak bersama, silalah ke bilik air dan mandi dulu ya. Janganlah biar badan berbau. Pakai inyak wangi sikit, gosok gigi. Ala, itukan asas kebersihan yang perlu korang tahu. Bila nafas berbau, mau terpengsan suami korang tu.

via GIPHY

Orait, itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Kalau nak melebih sangat sis tak reti. Benda asas macma ni kena jaga tau. Walaupun nampak macam kecil dan leceh sahaja, tapi impaknya sangat besar. Bye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my